Casillas Ajak Puyol Lawan El Clasico Otai, Beberapa Legenda Sudah ‘On’

Legenda Sepanyol dan Real Madrid, Iker Casillas telah mencadangkan Carles Puyol untuk mengadakan vintage clasico bagi mengutip dana membantu orang ramai yang memerlukan.

Casillas mencadangkan agar perlawanan itu dilangsungkan selepas pandemik koronavirus berakhir dan keadaan mengizinkan kelak.​

Ketika ini bola sepak di seluruh dunia sedang digantung sementara. Ramai pemain dan peminat bola sepak benar benar dahagakan aksi bola sepak.

Apa yang ada sekarang ini hanyalah ulangan perlawanan klasik dan rangkuman perlawanan sebelum ini.

Casillas yang bermain 16 musim di Santiago Bernabeu mahu para pemain Los Blancos dan Blaugrana berkumpul dan berentap dalam satu perlawanan klasik di antara otai otai.

Hasil kutipan daripada perlawanan itu akan disalurkan kepada kebajikan.

Beliau membalas Tweet Carles Puyol: “Apabila semua mimpi ngeri ini berakhir, kita patut kumpulkan legenda legenda lalu dan bermai satu vintage clasico. Mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan.”

Tweet tersebut dengan pantas diberikan perhatian ramai peminat dan juga bekas pemain Barcelona dan Real Madrid.

Fabregas yang masih lagi bermain, tidak dikira otai lagi, lalu beliau menawarkan diri untuk menjadi pengadil.

Fernando Morientes bersetuju dan menyokong idea tersebut.

Seorang lagi legenda Barcelona iaitu Andres Iniesta menyatakan dia sedia terlibat, dan meminta Casillas menghubungi pemain lain.

“Cepat call yang lain, dan masukkan nama saya sekali.”

Pasti menarik jika Casillas dan Puyol dapat memujuk legenda seperti Zinedine Zidane, Rivaldo, Beckham, Kaka, Roberto Carlos, Hierro, Etoo, Henry, Villa, Luis Enrique, Xavi, dan ramai lagi untuk bermain sekali.

Dan untuk Ronaldo dan juga Figo, boleh suruh diorang pakai jersi berbeza beza. Harap tak ada insiden balingan kepala babi la untuk Figo.

Tetapi di ruangan komen, ramai yang berharap Ronaldinho pada ketika sudah bebas dari penjara di Paraguay.

Beliau merupakan pemain legenda Barcelona yang memiliki banyak memori di El Clasico. Tidak lupa, beliau merupakan pemain yang pernah menerima tepukan penghargaan di Santiago Bernabeu.

El clasico merupakan satu produk dan jenama kebanggaan La Liga. Ianya dianggap antara perseteruan paling panas dalam bola sepak.

Melibatkan pemain pemain Real Madrid dan Barcelona bermain di dua stadium besar di Sepanyol iaitu Bernabeu dan juga Nou Camp.

El Clasico sangat berpengaruh, dan satu jenama yang sangat sesuai untuk dijadikan perlawanan amal yang saya percaya akan menarik ramai penaja dan juga kutipan tiket.

Inilah juga masanya untuk melepaskan rindu kepada legenda el clasico dan pada masa yang sama menjadikan hari tersebut hari pemian Real Madrid dan Barcelona menikmati bola tanpa perlu bergaduh.

Korang ada tak senarai pemain legenda yang korang nak tengok untuk beraksi di El Clasico Vintage ni?

Baca yang lain