Casillas Kecewa Ada Pihak Anggap Ronaldo Beban, Cuma Pelancong

Iker Casillas kecewa dengan ramai pihak yang tidak menghormati Cristiano Ronaldo pada ketika ini. Mereka seolah olah menganggap Ronaldo sudah tiada harapan dan menjadi beban kepada pasukannya.

Malah dalam aksi antarabangsa sebelum ini sudah ada segelintir peminat Portugal sendiri mengkritik pemilihan Ronaldo sebagai pemain utama kerana dianggap sudah mulai menyusahkan pemain lain.

Perkara itu membuatkan kakak Ronaldo membidas penyokong Portugal dan menuduh mereka sebagai tidak bersyukur dan tidak pernah berterima kasih.

Casillas kini, turut melihat ramai pihak menganggap kehadiran Ronaldo pada kali ini hanyalah sebagai pelancong ke Qatar.

Dan dia mengingatkan bahawa Ronaldo masih memiliki segalanya untuk menjadi juarad dunia.

Ronaldo telah menghadapi banyak kritikan musim ini kerana prestasi dan tingkah lakunya di Manchester United.

Dan kini terdapat persoalan yang besar mengenai masa depannya dengan Manchester United, selepas temu bualnya dengan Piers Morgan.

Dia hanya memulakan empat daripada 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan hanya menjaringkan satu gol, tetapi Casillas menegaskan bahawa Ronaldo tidak boleh diabaikan sama sekali untuk ke Piala Dunia 2022.

Diminta untuk memberikan nama calon utamanya memenangi Kasut Emas di Qatar, Casillas menganggap Lionel Messi dan Neymar sebagai pilihan utamanya.

Dia kemudian mengalihkan perhatiannya kepada bekas bintang Real Madrid iaitu CR7. Di mana menurutnya, dia tidak akan pernah lupa tentang betapa bagusnya Ronaldo kerana dia pernah melihat sendiri apa yang mampu dilakukan kapten Portugal itu.

Casillas berkata: “Nampaknya orang menganggap seolah olah Cristiano datang ke Piala Dunia sebagai pelancing dan orang ramai sudah tidak berharap kepadanya, kerana semua masalah yang dia alami di Manchester United.

“Tetapi,,. saya tetap menganggap dia sebagai pencabar. Apabila orang bercakap tentang Cris mereka lupa apa yang dia telah lakukan. Saya tak akan lupa, sebab saya pernah menyaksikannya sendiri.”

“Come on la! Saya sentiasa suka dia dalam pasukan saya. Cristiano masih memiliki segalanya untuk bermain di peringkat tertinggi.”

Ronaldo dan rakan rakan sepasukan antarabangsanya memulakan kempen Piala Dunia mereka pada hari Khamis apabila mereka menentang Ghana.

Portugal tidak pernah memenangi Piala Dunia. Ronaldo dan rakan rakannya dalam misi untuk memburu kejuaraan dunia pertama mereka selepas berjaya menjulang Euro beberapa tahun lalu.

Ronaldo mengesahkan bahawa dia akan bersara 100% daripada pasukan kebangsaan jika mereka berjaya menjulang Piala Dunia 2022.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai