Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao.

Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang tidak bagus dan jika pada era dahulu, Leao akan menjadi pemain yang bermain di pasukan di kedudukan midtable.

Rafael Leao menjadi nadi penting AC Milan dalam beberapa musim ini, termasuk ketika membantu kelab itu menjuarai Serie A. Namun musim ini, dia dibayangi rakan sepasukannya, Christian Pulisic.

Walaupun bergelut dengan prestasi, namun Leao masih menyumbang kepada enam gol dan 9 assist dalam 27 aksi Serie A.

Dia berjaya mencetak gol untuk Milan dalam kemenangan 3-0 ke atas Lecce. Namun bekas pemain AC Milan, Roma dan Madrid, Cassano merasakan itu tak cukup.

Cassano malah memperlekehkan Leao dengan berkata: “Leao ni ingat dia ni pemain yang genius, malangnya ada juga yang menyokongnya.

“Saya cuma anggap dia ni pemain yang bagus sahaja dan pendapat saya tidak berubah tentang perkara itu.

“Untuk lima bulan setengan dia tidak menjaringkan gol dalam liga yang teruk seperti Serie A. Beberapa tahun dulu, dia pasti akan bergelut untuk bermain di dalam pasukan keenam atau ketujuh dalam Serie A.

“Jika saya keluar dan menyaksikan Rashford sebagai pemain saya musim lalu, dia menjaringkan lebih 25 gol dan bermain di liga yang hebat.[Khvicha] Kvaratskhelia tiba dengan menikmati musim yang hebat sekali.

“Foden yang setahun lebih muda daripada Leao, musim ini sudah mencetak 21 gol dan 10 assist. Mereka ini pemain berkelas dunia dan mereka semua lebih bagus daripada Rafael Leao,

“Di Itali, liga ini tidak cukup bagus, dan dia terus merasakan dia bakat yang luar biasa. Dan ramai pula yang kat luar sana percaya dengan dia.

“Dia pemain yang bagus dengan kekuatan fizikal. Tapi berhentilah [memuji lebih daripada itu]. Kaka, Rui Costa, Vinicius? Dan kita sedang cakap apa sekarang ini [berkaitan Leao]? Kita sedang bercakap tentang seorang pemain yang sekadar bagus sahaja dengan kekuatan fizikal.

Komen Cassano itu telah menarik perhatian Leao dan dia memberikan emoji badut pada tweet semula.

Beberapa tahun lalu, Cassano pernah menimbulkan kemarahan CR7 apabila dia melabel pemain itu beban di Juventus. Dan kemudian dia tampil mengecam Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang hanya taksub dengan gol dan pencapaian peribadi berbanding pasukan. Ronaldo juga dituduh tidak kisah dengan rakannya yang lain yang menjaringkan gol.

Cassano berkata: “Saya selalu katakan, dia menjaringkan berbillion gol, namun dengan falsafah Andrea Pirlo, ianya akan menjadi rumit.”

“Dia menjaringkan gol dalam setiap perlawanan namun masih bergelut dengan corak permainan dikehendaki Andrea Pirlo.”

“Dia sentiasa seorang yang agak mementingkan diri sendiri, dia tak peduli langsung dengan rakannya menjaringkan gol.”

“Dia bukan hidup untuk permainan bola sepak, dia hidup untuk gol sahaja, dan pada ketika ini, keadaan semakin buruk.”

“Jika kamu meletakkan Kroos atau Modric di belakang Ronaldo, maka dia akan menjaringkan  50 gol. Tetapi di Juve, idea permainan berubah dan mewakili projek baharu dalam permainan mereka.”

“Dan di sini, dia adalah masalahnya, dan jujur sahaja, beberapa tahun ini dia dan beberapa pemain lain, masa mereka sudah berlalu.”

Namun kenyataan Cassano itu dibidas oleh peminat Ronaldo dan Juventus. Kerana jelas sekali dalam satu paparan video Ronaldo meraikan gol rakannya, Federico Chiesa.

Di  mana Ronaldo kelihatan sangat girang meraikan gol daripada rakannya.

Dan ada juga yang mengingatkan Cassano bahawa sebelum ini beliau antara orang yang memuji pembelian Ronaldo sebagai sangat berbaloi dan murah.

Namun Cassano kekal dengan pendiriannya dan meminta CR7 bersara segera pada masa itu. Namun Ronaldo membuktikan dia pemain penting Juventus. Dan kemudian berpindah ke Man United dan Al Nassr.

Baca yang lain