Cassano Kutuk Ronaldo Lagi, Anggap CR7 Masalah Utama Juve Serta Punca Sarri Dipecat

Bekas penyerang Itali, Antonio Cassano sekali lagi mengutuk Cristiano Ronaldo sebagai masalah utama Juventus ketika ini. Cassano percaya bahawa Cristiano Ronaldo lebih tertumpu kepada mengejar penghargaan peribadi daripada menyumbang kepada maltalam pasukan bersama Juventus.

Cassano menjelaskan bahawa pemain antarabangsa Portugal itu adalah isu utama mantan jurulatih Juventus, Maurizio Sarri dalam usahanya untuk memperkenalkan gaya bola sepaknya kepada Juventus.

“Jika anda menjual Cristiano, ada 100 juta euro, di mana anda boleh menandatangani beberapa pemain berkelas,” kata Cassano kepada Christian Vieri dalam rancangan Twitch, Bobo TV.

“Tahun lalu, Sarri mempraktikkan bola sepak terbaik dalam beberapa tahun terakhir dan dia tetap dipecat.”

“Masalahnya adalah Cristiano Ronaldo. Anda tidak boleh memiliki jurulatih yang ingin bermain bola sepak dengan Cristiano Ronaldo. Dia ‘brake’ untuk [Andrea] Pirlo. Cristiano hanya memikirkan gol peribadi dan rekodnya.

“Sekiranya anda adalah presiden dan ingin memulakan kitaran baru, anda tidak boleh memberi jurulatih baharu tanggungjawab mengurus seseorang seperti Ronaldo.

“[Dejan] Kulusevski, misalnya, sangat mudah dipengaruhi. Orang muda tanpa keperibadian juga menghadapi masalah.”

Cassano: Ronaldo tak peduli gol kawan dia

Sebelum ini, bekas penyerang Real Madrid dan AS Roma, Antonio Cassano bikin panas dengan mengecam Cristiano Ronaldo sebagai mementingkan diri sendiri dan tak peduli tentang gol daripada rakan sepasukannya.

Ronaldo dan Juventus kecewa pada malam UCL menentang Porto, di mana mereka tewas 2-1 dalam aksi di Portugal. Porto menjaringkan gol awal menerusi Mehdi Tahremi pada minit kedua perlawanan. Dan gol kedua mereka adalah pada minit ke-46 menerusi Marega.

Juventus  mendapat satu away goal menerusi Federico Chiesea. Ronaldo juga mengamuk pada minit minit akhir perlawanan kerana pengadil tidak memberikan penalti kepadanya.

Lantas Cassano menyatakan bahawa, sikap mementingkan diri sendiri Ronaldo akan menjadi masalah kepada Andrea Pirlo. Cassano menganggap Ronaldo cuma mementingkan namanya sebagai penjaring gol dan tidak pernah kisah tentang gol daripada rakanrakannya.

Cassano berkata: “Saya selalu katakan, walaupun dia menjaringkan berbillion gol sekalipun, namun dengan falsafah Andrea Pirlo, ianya akan menjadi rumit.”

“Dia menjaringkan gol dalam setiap perlawanan namun masih bergelut dengan corak permainan dikehendaki Andrea Pirlo.”

“Dia sentiasa seorang yang agak mementingkan diri sendiri, dia tak peduli langsung dengan rakannya menjaringkan gol.”

“Dia bukan hidup untuk permainan bola sepak, dia hidup untuk gol sahaja, dan pada ketika ini, keadaan semakin buruk.”

“Jika kamu meletakkan Kroos atau Modric di belakang Ronaldo, maka dia akan menjaringkan  50 gol. Tetapi di Juve, idea permainan berubah dan mewakili projek baharu dalam permainan mereka.”

“Dan di sini, dia adalah masalahnya, dan jujur sahaja, beberapa tahun ini dia dan beberapa pemain lain, masa mereka sudah berlalu.”

Cassano mungkin silap

Namun kenyataan Cassano itu dibidas oleh peminat Ronaldo dan Juventus. Kerana jelas sekali dalam satu paparan video Ronaldo meraikan gol rakannya, Federico Chiesa.
Di  mana Ronaldo kelihatan sangat girang meraikan gol daripada rakannya.

Dan ada juga yang mengingatkan Cassano bahawa sebelum ini beliau antara orang yang memuji pembelian Ronaldo sebagai sangat berbaloi dan murah.

 

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan