Cavani Si Evil Genius; Choke Slam Yerry Mina & Skor Gol ‘Superb’, Ini Komen Lucu Ole

Jika ada VAR, Edinson Cavani kemungkinan besar dibuang padang kerana aksi persis Undertaker beliau ke atas Yerry Mina pada minit ke-51.

Di mana Cavani telah melakukan choke slam ke atas Yerry Mina. Gary Lineker antara yang menyatakan bahawa tindakan Cavani itu adalah kad merah.

Cavani kelihatan geram dengan Yerry Mina dan membuatkan pemain itu terbaring di atas padang.

Momen itu mendapat perhatian warganet. Ia mengingatkan mereka kepada aksi WWE.

Ada juga yang menyatakan gerakan itu sebenarnya Mandible claw:

Edinson Cavani menyumbang satu gol ketika Manchester United dalam perlawanan tersebut. Di mana beliau melakukan percubaan kemas yang tepat pada minit ke-88 untuk memecahkan kebuntuan.

Man United menguasai perlawanan dengan banyak peluang dicipta tetapi begrelut untuk mencari gol. Sehinggalah Cavani melakukan rembatan derasnya.

Cavani mungkin boleh mendapat lebih daripada satu gol dalam perlawanan ini. Dengan beberapa peluang yang beliau dapat.

Anthony Martial kemudian melengkapkan kemenangan Red Devil melalui gol pada masa kecederaan. Kemenangan yang membawa United mara ke separuh akhir Piala Carabao.

Ketika ditanya mengenai gol Cavani, Solskjaer sempat memberikan komen mengenai peluang yang gagal dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh Cavani.

“Boleh tahan. Tapi yang mana? Dia seharusnya menjaringkan tiga gol pada babak pertama,” kata Solskjaer dengan nada bergurau ketika ditanya mengenai gol Edinson Cavani.

“Takdelah, dia adalah penyerang bertaraf dunia. Dia mempunyai pergerakan yang berkualiti, dan tentu saja tendangan kaki kiri yang luar biasa,” tambah pengurus Norway itu.

Ole Gunnar Solskjaer turut memberikan komen tentang aksi choke slam Cavani ke atas Yerry Mina. Di mana wartawan menyatakan ianya mungkin akan menjadi kad merah kalau ada VAR.

Solskjaer walaubagaimanapun, mengatakan bahawa aksi itu hanya menunjukkan sedikit gaya Amerika Selatan dalam pertandingan fizikal mereka di atas padang.

“Tidak ada apa tu. Mereka adalah dua orang Amerika Selatan yang pernah berhadapan dengan satu sama lain sebelum ini.”

“Tidak lama sebelum ini – saya rasa mereka bertemu dalam kelayakan Copa America, jadi tidak, tidak [ada apa yang perlu diperbesarkan],” kata Solskjaer mengenai kejadian itu.

“Ini adalah perlawanan bola sepak yang baik. Dengan para peminat, dengan beberapa duel, dengan beberapa kad kuning, beberapa peluang pada kedua pasukan. Saya menikmatinya,” tambah Solskjaer.

Carlo Ancelotti turut tidak mahu memberikan komen tentang insiden itu dan menyatakan beliau tidak melihatnya.

Cavani dipilih pemain terbaik perlawanan.

Ini merupakan kali kedua Carlo Ancelotti tewas di tangan Solskjaer di Goodison Park pada musim ini. Sebelum ini tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Berdasarkan keputusan seri, Manchester United akan menentang Manchester City di separuh akhir. Tottenham Hotspur pula menghadapi Brentford.