Cavani Yang Nak Datang, Kenapa Pula Falcao Yang Trending?

Edinson Cavani dilaporkan bakal memukmadkan kontak belia dengan Man United.

Cavani sebelum ini sudah berunding dengan dua kelab iaitu Napoli dan Atletico.

Tetapi kedua dua kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan gaji Cavani yang tinggi.

Dengan situasi di Man United pada ketika ini, ia mendorong kelab di Old Trafford itu memulakan langkah mendapatkan Cavani.

Situasi di United

Ianya lebih kepada kesan daripada kegagalan United mendapatkan Jadon Sancho. Ini selepas Dortmund enggan berganjak daripada permintaan €120 juta untuk pemain tersebut.

Jadi, United memerlukan seorang lagi penyerang. Mereka ada pemain yang boleh bermain di sayap seperti Martial, James, Lingard dan Greenwood.

Namun untuk cover posisi no.9, mereka cuma ada Ighalo dan salah seorang daripada Greeenwood atau Martial. Greenwood atau Martial juga diperlukan mengisi slot di sayap.

Lalu mereka mahu mendapatkan Cavani untuk menguatkan ketebalan skuad.

Cavani ke United

Cavani dijangka akan memuktamadkan perjanjian dalam masa terdekat.

The Guardian melaporkan bahawa Manchester United tetap perlu membayar yuran agensi setinggi €10 juta kepada pihak Cavani.

Berdasarkan permintaan gajinya yang tinggi, cuma United dilihat calon terbaik untuk memenuhi aspirasinya berbanding Atletico dan Napoli.

Jim White melaporkan Cavani bakal menerima €221k seminggu di United.

Falcao lebih trending

Namun di sebalik berita itu, tiba tiba nama Falcao pula trending mengatasi Cavani di media sosial.

Hal ini kerana ada ramai peminat bola sepak termasuk peminat Man United membincangkan, adakah Cavani bakal menjadi seperti Falcao?

Falcao sebelum ini menyertai United dengan status yang gah. Namun beliau berdepan dengan krisis kecederaan serta gagal mendapatkan prestasi terbaiknya di Old Trafford.

Seorang peminat Man United menyatakan kerisauannya tentang isu kecergasan Cavani. Di mana dalam dua musim terakhir memiliki rekod kecederaan yang sangat banyak.

Adakah Edinson Cavani akan berjaya di Manchester United dan mengelak menjadi ‘Falcao’?

Sebagai rekod, Cavani bermain 7 musim di PSG – selepas ditandatangani dari Napoli.

Cavani merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah PSG. Beliau menjaringkan 200 gol untuk PSG.

Cavani menjulang 6 Ligue 1 ketika di Perancis. Di peringkat antarabangsa, Cavani menjaringkan 50 gol daripada 116 penampilan untuk Uruguay.

Baca yang lain