Santi Cazorla mendedahkan bahawa dia terpaksa menerima gaji minimum €93,000 setahun- gaji minimum untuk liga divisyen kedua di Sepanyol.
Sebenarnya Cazorla mahu beraksi secara percuma untuk kelab kesayangannya dari kecil Real Oviedo. Namun dia dimaklumlam bahawa itu tidak boleh. Kerana peraturan buruh di negara tersebut.
Cazrorla sebelum ini beraksi dengan kelab kelab besar seperti Arsenal, Villarreal dan Malaga.
Kini sudah melalui cabaran baharu dalam hidupnya. Kelab Real Oviedo hanyalah kelab kecil. Yang di sekelilingnya adalah kawasan perkampungan dan pertanian.
Di situlah dia membesar. Dan menyertai akademi kelab itu pada usia 8 tahun. Dia bertekad mahu menjadi pemain Oviedo suatu hari nanti kerana inspirasi daripada wira zaman kecilnya, Carlos Munoz, Slavisa Jokanovic, Robert Prosinecki, Petr Dubovsky.
Krisis kewangan kelab itu membuatkan dia dijual kepada Villarreal ketika masih remaja, di bangku akademi. Dan dia membuat debut senior untuk Villarreal.
Dia sentiasa mahu kembali ke Oviedo suatu hari nanti. Dan selepas 30 tahun sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di akademi atau 20 tahun selepas dia meninggalkan akademi, dia akhirnya kembali ke kelab itu.
Cazorla berkata: “Isteri saya dan melihat tawaran yang baik dari kelab itu dan dia berkata: ‘Tak Tak Tak! Kamu tak akan pulang ke Oviedo untuk mendapatkan wang, sebaliknya kepulangan ini adalah untuk menikmati kepulangan semula, kamu akan bantu mereka’.”
“Ketika itu saya terus hubungi ejen saya. Menyuruh dia berunding lagi, sebab saya tak setuju dengan tawaran gaji yang mereka tawarkan. Saya nak bermain secara percuma. Namun itu mustahil sebab peraturan gaji minimum.
🇪🇸👏 Santi Cazorla on returning to his boyhood club Real Oviedo: "I would play for free, but you’re not allowed."
"They made a good offer. My wife said: No, no, you’re not going to Oviedo to earn, you’re going home to enjoy it, to help, to give."
"I called my agent: ‘I don’t… pic.twitter.com/vI2N3yJoI6
— EuroFoot (@eurofootcom) April 20, 2024
“Saya beritahu presiden, kalau macam tu tawarkan saya gaji minimum, 10% daripada jualan jersi saya harus disalurkan ke akademi.”
Cazorla dilaporkan menyalurkan semula wang gajinya kepada kelab itu untuk pembangunan.
Dia gembira kerana sentiasa dikelilingi orang yang baik dalam kariernya. Dia menambah: “Saya dilayan dengan sangat baik oleh semua orang di mana sahaja saya berada. Di Arsenal mereka semua sayangkan saya. Sama juga ketika di Villarreal, di Recre, di Malaga. Namun rasa tanggungjawab itu semakin mendalam.
“Mereka panggil ini langkah ke belakang, tak ada faedah, namun sebenarnya ini sangat berbeza. Tanggungjawab menjadi alasan untuk melakukannya. Saya tak mahu menjadi orang yang datang ke sini untuk menjual jersi kerana saya menjadi simbol akademi kelab ini, saya nak bermain bola sepak.
“Itu adalah tanggungjawab yang ada bebannya tersendiri. Awalnya saya agak takut. Sebab saya tak tahu sama ada saya masih cukup bagus, namun ianya masih berlaku. Saya sudah tak sama lagi seperti dahulu, terutama sekali dari segi fizikal.
“Kamu datang pada usia 38 tahun, bermain di liga lebih rendah. Saya ada masalah kecederaan di bahagian pubis. Jadi saya tidak dapat berlatih dengan baik pada pra musim. Pasukan kami bergelut. Saya lebih berasa bersalah sebab tak mampu membantu mereka.
Selepas 7 minggu, Cazorla akhirnya beraksi. Ketika itu Oviedo berada di tangga kedua tercorot dalam Divisyen Segunda. Dan sekarang mereka berada di kedudukan play off, hanya 3 mata daripada kelayakan automatik.
Walaupun dia kerap berdepan isu kecergasan namun peranannya dalam kelab itu benar benar membantu mereka bangkit.