Pemain bek Argentina, Lisandro Martinez hanya menunggu masa diumumkan sebagai pemain baharu Manchester United.
Ini selepas cef peribadi beliau di Ajax secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada Martinez.
Dia menulis, makan malam perpisahan dan meminta penyokong Manchester United menjaga Martinez baik baik.
Lisandro Martinez’s personal chef saying goodbye . #LisandroMartinez pic.twitter.com/7DpqbbGKTq
— Thomas Lynch. (Tommy the Legend) 🇮🇪 (@thomaslynch85) July 14, 2022
Jika korang merasakan saga perpidahan Frenkie De Jong sarat dengan plot twist, Lisandro Martinez apa kurangnya.
Dia menjadi rebutan dua kelab iaitu Manchester United dengan Arsenal. Secara peribadinya, Martinez tersepit di dalam dilema. Dia pada awalnya sangat tertarik dengan tawaran Arsenal kerana falsafah Mikel Arteta.
Namun pada masa yang sama mahu bekerjasama semula dengan Erik Ten Hag di Manchester United.
Selepas beberapa minggu tarik tali tentang keputusannya, dia akhirnya memilih Manchester United, menurut laporan Fabrizio Romano. Dan pada masa yang sama dia sebenarnya sangat tertarik dengan projek di Arsenal, tegas laporan itu lagi.
Martinez tidak menghadiri latihan pasukan pada hari ini. Media menjangkakan bahawa dia diberikan kelepasan khas untuk menyelesaikan perpindahannya.
🚨 Lisandro Martinez NOT training with Ajax today.
Yeah, it's DONE ✅️ pic.twitter.com/7xpMLdqSQX
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) July 14, 2022
Terdapat juga laporan, Martinez mungkin akan terus terbang ke Australia untuk menyempurnakan prosedur akhir dalam perpindahannya.
Lisandro Martinez merupakan bek tengah yang memiliki gaya permainan bek tengah moden.
Dia pemain yang boleh bermain di kesemua posisi bertahan termasuk defensive midfielder.
Berdasarkan situasi semasa, Martinez lebih melihat dia lebih berpeluang bermain di posisi terkuatnya di Manchester United berbanding di Arsenal.