Ceferin Kutuk Klopp, Guardiola Tentang Jadual Padat, Pada Pada Masa Sama Kritik Jadual Padat

Tidak pastilah apa di dalam kepala presiden UEFA sejak akhir akhir ini. Jika sebelum ini dia mengecam idea Super League. Kemudian dia menggunakan kaedah yang mirip UEFA Super League dan menambah jumlah perlawanan UCL agar team team besar ni lebih kerap bertemu untuk menjana lebih banyak wang.

Terbaru, Ceferin mengecam Klopp dan Guardiola kerana mengkritik tentang jadual yang terlalu padat dalam kalendar eropah termasuk aksi antarabangsa.

Ceferin memberitahu pengurus Liverpool Jurgen Klopp dan bos Manchester City, Pep Guardiola agar berhenti merungut

Ceferin membalas serangan dua jurulatih Liga Perdana, yang sering menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kebajikan pemain di tengah-tengah kepadatan jadual perlawanan dalam kalendar bola sepak.

Tetapi Ceferin telah cuba untuk menutup mulut kedua-duanya dengan mengisytiharkan bahawa mereka berdua bukannya pekerja kilang yang menurutnya baru ada hak untuk merungut.

Ketua UEFA itu berhujah: “Adalah mudah untuk menyerang FIFA dan UEFA, tetapi perkara itu mudah. ​​Jika anda bermain kurang, anda mendapat kurang sedikit gaji tu.”

“Siapa yang patut mengadu ialah pekerja kilang yang mendapat €1,000 sebulan.”

Dia menambah: “Semua orang mahukan lebih banyak perlawanan piala, tetapi tiada siapa yang berputus asa. Kelab mahukan 10 perlawanan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Mereka akan mempunyai lapan, itu nombor yang betul.”

Klopp dan Guardiola sangat kritikal mengenai cara Liga Perdana, FA, UEFA dan FIFA telah menjadualkan kejohanan di peringkat kelab dan antarabangsa, meningkatkan jumlah permainan intensiti tinggi.

Beberapa bulan lalu Klopp berkata: “Sebab saya tidak berada dalam mood yang baik apabila saya bercakap mengenai UEFA adalah kerana Liga Negara-Negara.“

“Saya masih fikir ia adalah salah satu idea yang paling tidak masuk akal dalam dunia bola sepak kerana sekarang kita menamatkan musim di mana [beberapa] pemain telah bermain lebih daripada 70 perlawanan.”

“Dengan mudah – perlawanan kelab 63 atau 64, ditambah antarabangsa – dan kemudian pergi terus ke 75, yang agak gila dan kami meneruskan perlawanan Liga Negara Negara Eropah kerana kita perlu bermain [apabila] tiada kejohanan, siapa peduli kami bermain empat, lima atau enam perlawanan dengan pasukan kebangsaan.”

Seterusnya Ceferin bersetuju bahawa jadual yang sedia ada adalah terlalu padat dan dia pula menyalahkan pentadbir liga domestik yang masih ramai kekal dengan liga 20 pasukan. Malah di England turut ada 2 pertandingan piala lagi.

Oleh itu untuk mengurangkan jumlah perlawanan ini, Ceferin mencadangkan agar liga dikurangkan kepada 18 pasukan dan hanya ada 1 pertandingan piala sahaja sebagai tambahan.

Ceferin berkata: “Liga domestik sepatutnya mempunyai 18 kelab, tetapi presiden liga tidak bersetuju. Mereka harus faham bahawa dua piala domestik adalah terlalu banyak.”

Ceferin tidak mahu UEFA bertanggungjawab dalam perkara yang berlaku pada masa sekarang dan di masa akan datang melibatkan jadual yang terlalu padat.

Bercakap kepada Gazzetta dello Sport, Ceferin turut membincangkan perubahan format Liga Juara-Juara pada 2024, mempertahankan keputusan UEFA untuk menukar peringkat kumpulan dan menggelar persaingan semasa sebagai ‘terlalu boleh diramal’.

Dia berkata: “Hari ini, anda sudah boleh meramalkan siapa yang akan bermain dalam Pusingan 16 selepas undian. Pada masa hadapan, kelab besar akan bertemu lebih kerap, kelab kecil akan mempunyai lebih banyak peluang untuk layak dan kumpulan akan bersaing sehingga ke penghujungnya. Ia akan menjadi menakjubkan.”

Baca yang lain