UEFA sedang menyiasat Celtic berikutan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin dalam aksi UCL menentang Atletico Madrid. Tindakan itu dianggap kontroversi namun bukan mengejutkan daripada Green Brigade.
Ultras yang digelar Green Brigade itu telah melanggar arahan kelab untuk tidak mengibarkan bendera Palestin dalam aksi UCL tersebut. Mereka menegaskan bahawa mereka sentiasa menyokong rakyat yang teraniaya kerana konflik.
🇮🇪🇵🇸 After Celtic FC told fans not to bring out any flags, they brought out Palestine flags anyway.
Free Palestine! #FreePalenstine pic.twitter.com/UxkktxTIPb
— Javed khan (@jdk51335) October 25, 2023
Green Brigade sebelum ini sudah menegaskan bahawa mereka akan mengibarkan bendera Palestin. Sebagai solidariti berterusan kepada rakyat di Gaza. Dalam perlawanan menentang Atletico penyokong Celtic turut menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone dengan kibaran bendera Palestin.
Celtic terus meminta Green Brigade agar tidak meneruskan niat mereka. Malangnya Green Brigade tidak mengendahkan larangan kelab itu.
Ternyata tindakan ini tidak menggembirakan UEFA yang dilihat bakal mengambil tindakan sekali lagi ke atas Green Brigade. Bukan pertama kali mereka dihukum UEFA kerana solidariti untuk Palestin. Misalnya pada 2016 kelab didenda £9,000 kerana solidariti yang sama oleh penyokong mereka buat ketika aksi menentang Hapoel Beer Shava.
Sebelum ini beberapa minggu lalu sebelum minggu antarabangsa, Green Brigade mengibarkan bendera Palestin dalam aksi menentang Kilmarnock dalam aksi domestik.
Celtic fans showing their support for the people of Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/zFfDfKzTCq
— Total Football (@TotalFootbol) October 7, 2023
Korang jangan lupa baca sekali artikel ini untuk mengetahui kenapa Green Brigade itu selalu bersama Palestin.