CEO Brighton Gembira Chelsea Serbu Mereka, Siap Ingatkan Cleaner Siap Sedia Kena Rembat

Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber tidak dapat menahan diri daripada menyindir Chelsea selepas kelab barat London itu pergi melakukan ‘serangan’ ke atas mereka berulang kali sejak enam bulan lalu.

Musim panas lalu, Chelsea menyerbu Brighton untuk menandatangani Marc Cucurella dalam perjanjian awal £55 juta dan tidak lama selepas dia disertai oleh pengurus mereka Graham Potter berikutan pemecatan Thomas Tuchel.

Potter membawa lima rakan staf kejurulatihannya di Brighton bersamanya. Ini termasuk dua pakar scout kelab, Kyle Macauley dan Paul Winstanley turut meninggalkan Amex untuk Stamford Bridge.

Chelsea kemudian datang menyerbu Brighton sekali lagi pada jendela Januari, membuat langkah drastik untuk Moises Caicedo, namun rundingan gagal dimeterai.

Ini selepas kelab itu memutuskan tidak mahu melepaskan pemain itu. Caicedo malah mendesak kelab menerima tawaran daripada kelab besar untuknya demi membantu kelab itu membangunkan prestasi mereka di masa akan datang.

Chelsea masih berminat dengan Caicedo – dan Potter turut dikaitkan dengan minat untuk mendapatkan Alexis Mac Allister.

Pemilik baru kelab London barat itu telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar sejak mengambil alih di Stamford Bridge.

Mereka membelanjakan kira-kira £600 juta, dan Barber tidak dapat menahan diri daripada mengusik rakan-rakannya yang berbelanja besar.

Bercakap di Sidang Kemuncak Bola Sepak Financial Times pada Khamis, Ketua Eksekutif Brighton itu bergurau: “Saya sangat gembira untuk mengangkat telefon daripada Chelsea pada bila-bila masa juga, tidak mengapa. Kecuali ketika mereka mahukan jurulatih kami.”

Seterusnya Barber turut mengingatkan cleaner kelab mereka bahawa mereka pun kemungkinan akan ditandatangani oleh Chelsea bila bila masa. Dan kelab itu sedia melepaskan mereka.

“Saya memberitahu tahu staf pembersihan [akak dan abang cleaner] kami, kamu tidak tahu, mereka juga mungkin diburu [Chelsea]!”

Dia menyambung: “Serius, kelab sebesar kami hanya boleh berdaya saing jika kami berdagang dengan baik.”

“Semua perkara lain yang perlu dilakukan oleh kelab bola sepak, kami perlu menjual hak stadium kami dan mendapatkan penaja terbaik. Bagi kami keputusan Liga Perdana Inggeris adalah sangat penting, hak TV adalah penting untuk apa yang kami lakukan.”

“Satu-satunya cara kami benar-benar boleh bersaing dan membuat keuntungan untuk pemilik kami adalah dengan berdagang dengan baik dan ini bermakna mencari pemain yang kelab lain tidak dapat jumpa, mendapatkan mereka dari pasaran yang kurang mendapat perhatian dan oleh itu ianya lebih murah.”

“Kemudian melatih pemain tersebut dengan baik, membangunkan mereka dengan baik dan akhirnya jika mereka berjaya, cuba menjualnya pada keuntungan maksimum.”

Dia kemudian menambah: “Masuk ke Liga Perdana Inggeris adalah sangat penting; kekal di sana adalah sama penting, jualan stadium adalah kritikal, mendapatkan penaja global adalah kritikal.”

“Sekarang kami berada dalam mod di mana perdagangan pemain adalah sama pentingnya dengan perkara lain dan ini bermakna kami perlu memancing di kolam yang berbeza.”

“Kami tidak akan dapat bersaing dengan kelab terbesar di dunia untuk mendapatkan pemain terbaik atau membeli mereka di bahagian pasaran elit. Kami perlu mencari pemain yang belum berkembang, yang boleh kami bina, dan kemudian akhirnya menjual mereka.”

Baca yang lain