Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, amat berbesar hati melihat persaingan MotoGP yang semakin sengit dan sihat.
Ini ditambah dengan prestasi pelumba semakin kompetitif dan setara hasil sokongan teknikal dan semangat tinggi daripada pasukan yang menguruskan mereka.
Ezpeleta kemudian membuat pendedahan mengejutkan apabila menyatakan bahawa adanya budata pay rider dalam sukan MotoGP sejak sekian lama.
Pay rider merujuk kepada pelumba yang ‘membayar’ kepada pasukan untuk berlumba. Bayaran itu biasanya dari bentuk membawa masuk penaja ke dalam pasukan termasuk ibu bapa yang kaya raya untuk menaja pasukan tersebut.
Kesannya, pelumba pelumba yang benar benar berbakat sentiasa menjadi pilihan kedua atau ketiga di belakang pay rider ini.
Ezpeleta mengakui kesal perkara ini berlaku sejak sedekad lalu, tetapi kini lega kerana semua pelumba MotoGP tidak perlu membayar apa-apa kepada pasukan mereka untuk berlumba.
Sebaliknya, mereka mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pasukan malah menerima gaji yang lebih lumayan.
“Malangnya, perkara sebegini (pelumba berbayar – pay raider) sering berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”
“Namun, kini perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Kini semua pelumba dalam MotoGP mempunyai pasukan yang benar-benar percaya kepada mereka dan membayar gaji mereka,” kata Ezpeleta, yang telah menyelia MotoGP sejak 1992.
Pay rider benda biasa dalam permotoran
Seperti yang diketahui, kehadiran pay rider atau pay driver dalam dunia perlumbaan tidak dilarang sama sekali dan ianya sudah menjadi satu budaya yang diterima dalam sukan perlumbaan sama ada kereta atau motosikal.
Pasukan perlumbaan memerlukan wang yang banyak untuk dapat berlumba, termasuk perbelanjaan untuk motosikal, gaji dan penginapan semasa pertandingan.
Kadangkala bekalan dana daripada pengilang atau penaja tidak mencukupi, jadi fenomena pay rider atau pay driver adalah satu penyelesaian.
Walaupun ada pasukan yang memerlukan dana, kemudian ada juga pelumba yang mempunyai minat untuk berlumba dan kebetulan juga mempunyai sumber yang mencukupi untuk membawa masuk wang.
Pay rider sering ditafsirkan secara negatif, walaupun pada hakikatnya terdapat banyak nama besar yang memulakan kerjaya mereka dengan membayar wang untuk berlumba.
Tetapi dalam MotoGP hari ini, pelumba dengan status pay rider kian hilang kerana pelumba pelumba ini seringkali dipandang rendah
Nama nama seperti Karel Abraham dan Tito Rabat, yang pernah menjadi pay rider MotoGP beberapa tahun lalu dan hanya mampu makan asap pelumba lain di barisan belakang.
Kini kualiti lebih sengit
Terhapusnya budaya pay rider ini membuatkan kualiti para pelumba semakin meningkat. Misalnya dalam beberapa musim ini muncul pelumba pelumba yang kekuatan mereka setara serta ada bekas pelumba MotoGP turut cemerlang di Rali Dakar.
“Buktinya adalah dalam Rali Dakar. Ada seorang pelumba yang baru keluar dari MotoGP, Danilo Petrucci, yang berjaya memukau semua orang kerana betapa mudahnya dia melakukannya, dia tidak tahu padang pasir dan tidak tahu tentang peta laluan sekalipun,” sambungnya.
Beliau turut menjawab andaian orang ramai bahawa Dorna Sports seringkali pilih kasih dan memihak kepada pelumba Sepanyol dan Itali, memandangkan kedua-dua negara ini menyumbang paling banyak pemandu dalam Grand Prix.
Beliau juga mengakui menerima cadangan untuk mengehadkan jumlah pelumba dari kedua-dua negara itu. Namun Espleta menganggap langkah itu adalah tidak munasabah. Agak tidak adil untuk menghalang pelumba dari negara negara tersebut jika mereka benar benar bagus.
Ezpeleta berkata, dia memang mahu lebih ramai pelumba bukan dari Sepanyol dan bukan Itali menyertai Grand Prix. Tetapi bukan dengan menghadkan kuota pelumba dari negara tersebut. Sebaliknya dengan promosi yang lebih giat agar lebih ramai pelumba muda yang terlibat dengan MotoGP sejak usia awal.
Dorna Sports sebenarnya telah membentuk program perlumbaan yang membuka peluang kepada pelumba bukan Sepanyol dan bukan Itali, seperti Piala Red Bull Rookies, Piala Bakat Asia, Piala Bakat British, Piala Bakat Utara, malah bekerjasama rapat dengan Dunia Moto3 Junior dan MotoAmerica.
“Untuk beberapa lama, terdapat cadangan untuk mengehadkan bilangan pelumba Itali dan Sepanyol. Namun, saya tidak fikir ini adalah jalan yang betul. Saya fikir kita harus lebih baik mencari lebih ramai pelumba seperti Jack Miller, Fabio Quartararo dan Johann Zarco,” kata Ezpeleta.
“Dengan cara itu, kerakyatan pelumba MotoGP lebih heterogen. Tetapi mengenakan had ke atas bilangan hanya kerana terlalu ramai orang Sepanyol dan Itali tidak masuk akal. Kerana pelumba terbaik boleh memasuki MotoGP, tidak kira dari mana mereka datang. Itulah yang berlaku sekarang,” akhirinya.