CEO Ini Capai KPI Peribadi, Mahu Stafnya Dapat Gaji Minima RM280,000 Setahun

CEO dan juga co-founder kepada Gravity Payments iaitu, Dan Price telah berjaya membentuk satu syarikat yang bergaji tahunan minima RM280,000 ataupun USD70,000.

Dan itu merupakan KPI yang beliau letakkan untuk dirinya sendiri. Mana nak jumpa CEO macamni kan?

Biasanya KPI mereka nak dapat untung besar dan kemudian memerah keringat pekerja di bawah mereka.

Namun ini tak! Dan Price meletakkan KPI peribadinya, mahu membayar pekerjanya dengan gaji tahunan minima USD70,000 / RM280,000.

Ini bermakna, setiap bulan, para pekerjanya akan menerima sekurang – kurangnya RM23,000 sebulan.

Dan Price baru berusia 35 tahun. Namun syarikatnya sudah menjana keuntungan berjuta dollar setahun.

Gravity Payments adalah syarikat yang memproses bayaran kredit kad serta beberapa lagi service kewangan.

Bagaimana beliau melakukannya? Dan Price telah memotong gajinya tahunannya sendiri sebanyak USD1 juta / RM4 juta setahun untuk membantu menambah dana bagi membayar gaji pekerja.

Ini bagi memastikan 120 stafnya menerima gaji tahunan minimum USD70,000 / RM280,000 sebulan.

Bagaimana segalanya bermula?

Segalanya bermula daripada satu peristiwa pada 2011. Di mana beliau bertengkar dengan seorang pekerja beliau yang berusia 32 tahun.

Pekerja tersebut bernama Jason Haley yang menerima $35,000 / RM140,000 setahun.

Price mempersoalkan tahap produktiviti Haley. Dan mereka akhirnya bersemuka ketika rehat untuk merokok.

Price telah mendekati Haley dan bertanya, apa masalah pekerjanya itu. Jason Haley menjawab: “Kau koyakkan / memerah aku dengan teruk.”

Price kemudian tidak faham dengan kenyataan Haley. Dan dia meminta penjelasan lagi.

“Aku tak ada memerah kau. Aku bayar kau berdasarkan nilai pasaran sekarang ini.”

Haley menambah: “Aku tau niat kau tak baik. Kau bercerita tentang bagaimana kau simpan duit dengan disiplin. Pada masa sama kau nak sindir aku yang aku tak buat duit cukup banyak kan?”

Price tekad nak bagi gaji besar

Sejak daripada hari itu Dan Price bertekad mahu memastikan semua pekerjanya buat duit secukupnya dan cuba menetapkan satu kadar gaji tahunan yang menggembirakan mereka.

Price meletakkan gaji minima itu, hasil daripada kajiannya ketika belajar ekonomi. Di mana beliau mencari satu angka gaji minima yang membuatkan orang Amerika benar-benar gembira.

Siapa yang tak suka gaji besar kan? Menurut Dan Price, angka itu buat masa ini telah membuatkan semua orang gembira.

Dan beliau mendapati angka itu adalah $70,000 ataupun RM280,000 setahun.

Menurut Dan Price, sejak beliau menetapkan gaji tahunan minum itu, ia telah membuatkan semua pekerja semakin produktif. Beliau akhirnya berjaya mencapai apa yang diharapkannya sejak peristiwa 2011 itu dulu.

Ada tak yang malas nak datang kerja? Sudah tentu tidak. Mana nak dapat gaji sebesar itu lagi kan?

Dan Price juga gembira apabila para pekerjanya telah membantu  memproses bayaran Gravity Payments, 3 kali ganda.

Beliau percaya, beliau telah berjaya memberikan gaji yang membuatkan pekerja gembira.

Para pekerja lebih fokus kepada pekerjaan. Lebih gembira, kerana merasakan syarikat menghargai mereka.

Price juga menegaskan, para pekerja beliau semakin bahagia dengan keluarga mereka. Di mana mereka mulai membeli rumah idaman, dan kereta idaman.

Jelas sekali impaknya juga dirasai oleh keluarga-keluarga para pekerja beliau.

Rujukan:

INC
The Guardian

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil