CEO MFL Cawangan Saudi Desak Kerajaan Hukum Peminat Yang Suka Ejek Ronaldo Dengan Nama Messi

CEO Liga Pro Saudi (MFL cawangan Saudi), Hafiz Al-Mudlej membuat gesaan pelik kepada kerajaan Arab Saudi agar peminat yang melaungkan nama Lionel Messi atau mengejek bintang, Cristiano Ronaldo harus dikenakan tindakan.

Telah menjadi satu trend di Arab Saudi, di mana peminat lawan seringkali mengejek Ronaldo dengan melaungkan nama Messi di stadium. Insiden terbaru berlaku dalam perlawanan akhir Piala Juara Kelab Arab antara Al-Nassr dan Al-Hilal.

Beberapa bulan lalu, Ronaldo sempat memberikan respon kepada peminat yang berterusan menjerit nama Messi kepadanya. Ronaldo berkata: “Kamu pergi la saksikan MLS.”

Hafiz Al-Mudlej menganggap ejekan kepada Ronaldo adalah ejekan kepada Arab Saudi. Peminat Arab Saudi yang mengejek Ronaldo ibarat mengejek negara mereka sendiri

Al-Mudlej meminta kerajaan bertindaka agar tidak ada ruang untuk mengejek seseorang yang telah mengubah liga Arab Saudi ke tahap baharu serta merupakan duta kepada bola sepak negara tersebut, sebagaimana terkandung dalam kontraknya.

Mereka yang melakukannya harus menghadapi pertuduhan. Dia menyatakan perkara berikut dalam satu program bual bicara di televisyen baru baru ini.

Dia berkata: “Peminat yang terus menerus mencemuh dan menjerit ‘Messi, Messi’ kepada Ronaldo, yang merupakan duta liga kita, harus berdepan tindakan undang undang. Mereka harus diajar,”

Kenyataan Hafiz Al-Mudlej ini kurang mendapat sambutan peminat bola sepak di media sosial. Beberapa peminat yakin kerajaan Arab Saudi tidak akan mengambil serius cadangan dianggap bodoh itu.

Kerana sudah menjadi lumrah dalam bola sepak peminat cuba mengganggu mental pemain lawan mereka dengan banter dan ejekan.

Kemudian sekumpulan lagi peminat juga bingung dengan kenyataan itu terutamanya kerana Lionel Messi adalah duta untuk Pelancongan Arab Saudi juga.

Hafiz Al-Mudlej: “The fans who continuously boo and shout ‘Messi Messi’ to Ronaldo who is such an ambassador of our league, should face a disciplinary action.”
by u/Smudge49 in soccer

Mereka menganggap Mudlej taksub Ronaldo sampai terlupa Messi pun duta negara mereka.

“Bayangkan tajuk berita – peminat Messi ditindas di Arab Saudi,” jelas seorang peminat yang menyindir media barat suka menggunakan perkataan tindas untuk hukuman yang dijatuhi ke atas rakyat Saudi oleh kerajaan.

Seorang lagi peminat berkata: “Mereka [Liga Pro Saudi] benar benar mahukan hiburan semata mata sampai lupa dalam bola sepak itu ada perseteruan. Mereka tidak mahu mendengar perseteruan sebaliknay cuba mahukan pertunjukan bola sepak.”

“Adakah satu kesalahan untuk peminat melaungkan Lampard untuk mengganggu Steven Gerrard? Adakah ianya dikira jenayah? Ia akan menjadi tindakan yang kejam dan melampau untuk menghukum peminat hanya dengan melaungkan nama Messi.”

Ronaldo dan Messi sendiri pernah mengakui perseteruan antara mereka adalah penting dalam meletakkan mereka di kedudukan mereka pada hari ini. Antara pemain  terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo pernah berkata, tanpa Messi dia mungkin tidak akan mencapai apa yang dia ada hari ini. Kerana dia sentiasa waspada bahawa seterunya itu sentiasa berada di tahap tertinggi dan dia harus bekerja keras setiap hari.

Malah Ronaldo menegaskan, suatu hari nanti dia mahu mengajak Messi makan malam bersama sebagai menghargai perseteruan di antara mereka.

Lionel Messi turut menganggap Ronaldo adalah pemain yang menjadikan dia pemain lebih baik kerana pemain itu sentiasa meletakkan penanda aras tinggi.