CEO PL Sahkan Kes 115 Kesalahan FFP City Akan Dibicarakan Tidak Lama Lagi

CEO Liga Perdana Inggeris Richard Masters memberitahu bahawa pendengaran kes membabitkan siasatan ke atas 115 kesalahan salah laku kewangan Man City akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada bulan Februari lalu, Premier League mendapati Manchester City melakukan 115 kesalahan FFP. Kesalahan dilakukan daripada 2009 sehingga 2018.

Namun begitu Manchester City konsisten menafikan bahawa mereka melanggar mana mana kesalahan kewangan. Pengurus City, Pep Guardiola mengatakan bahawa dia akan kekal di Man City walaupun kelab itu disingkirkan ke Liga Amatur sekalipun.

“Saya akan bersama kelab saya kerana saya yakin mereka bersih dan bersaing secara sihat,” kata Guardiola.

Guardiola beberapa tahun lalu pernah menyatakan bahawa pada hari Man City didapati bersalah melanggar FFP, esoknya juga dia akan letak jawatan.

Ketika itu Man City disiasat oleh Uefa atas kes FFP. Mereka didapati bersalah namun Man City mengelak hukuman penggantungan dua musim daripada pentas UCL selepas memenangi kes di CAS. Hal ini kerana untuk kes FFP di Uefa yang sudah lebih lima tahun, ianya dianggap dah luput.

Man City hanya dikenakan denda dan dipantau agar tidak melakukan kesalahan FFP. City mulai aktif menjual pemain untuk mengimbangi akaun mereka.

Tetapi berbeza untuk kes kali ini kerana EPL tiada meletakkan sebarang tempoh matang untuk mana mana kes FFP.

Richard Masters pada tahun lalu menyatakan bahawa kes ini akan dibentangkan dalam masa tedekat. Dan kini dia mengulangi ayat yang sama.

Masters turut memberitahu bahawa jika Mam City didapati bersalah, mereka hanya akan dihukum bermula tahun 2025.

Sebelum ini ada pihak yang menyatakan bahawa Man City berpotensi dilucutkan semua kejuaraan daripada 2009 sehingga 2018.

@dailymailsport

The Premier League drop a MAJOR hint on the date of Manchester City’s trial over their alleged 115 financial breaches 👀 #premierleague #mcfc #richardmasters #mancity #charges #manchestercity #trial #football #pl #fyp #foryou #foryoupage #dailymail

♬ original sound – Daily Mail Sport

Beberapa minggu dan bulan yang lalu, Premier League sudah menjatuhkan hukuman ke atas Everton dan Nottingham Forest atas kesalahan FFP.

Everton melanggar peraturan keuntungan yang ditetapkan oleh FFP. Sementara itu Forest bersalah kerana tunggakan hutang dalam pembelian pemain dan kontrak pemain serta sfaf.

Baca yang lain