CEO Sony Sahkan PS5 Bukan RM1,711 (U$D400), Dijangka Harga Bermula RM2,352

Share on facebook
Share on twitter

Selepas melihat presentasi rekaan Sony PlayStation5 / PS5, kini para peminat konsol itu sedang menanti berapa agaknya harga yang diletakkan pada konsol itu.

Sebelum ini Amazon Perancis tertiris template jualan untuk PS5 di mana dalam ralat teknikal mereka memaparkan ianya dijual pada harga U$D457 untuk versi digital dan U$D559 untuk versi blu-ray.

Maklumat itu disanggah oleh Paul Tassi.

blank

Ramai percaya harga untuk PS5 akan sekitar U$D400 ke U$D500 (RM1,711 – RM2,139).

Sony dah tetapkan harga

Sony dikatakan masih menunggu informasi tentang harga Xbox Series X. Namun berdasarkan informasi terkini daripada CEO Sony, Jim Ryan sebenarnya mereka sudah menetapkan harga.

Dan beliau mengesahkan bahawa Sony PS5 tidak akan dijual dengan harga U$D400 (RM1,711).

Ryan berkata: “Saya rasa cara terbaik untuk mengatasi [tentangan merilis konsol baru dalam kemelesetan ekonomi kerana pandemik] adalah dengan memberikan cadangan nilai terbaik yang kita dapat,” kata Ryan.

“Saya tidak semestinya bermaksud kami menetapkan harga terendah. Nilai adalah gabungan banyak perkara.”

“Di persekitaran kami ini bermaksud permainan, ini bermaksud jumlah permainan, kedalaman permainan, keluasan permainan, kualiti permainan, harga permainan … semua perkara ini dan bagaimana mereka memanfaatkan rangkaian fitur platform. ”

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan Sony sudah menetapkan harga sekitar $450 namun kemudian mengurangkannya kepada $400.

dari Forbes menyatakan, berdasarkan temuramah beliau dengan Ryan, beliau merasakan Sony tak akan menjual PS5 dengan harga $400, dan tidak akan lebih rendah daripada itu.

Ryan membayangkan konsol mereka boleh dijual lebih tinggi daripada harga sepatutnya kerana komponen digunakan adalah high end.

Lalu Paul Tassi juga tak rasa Sony akan menjual PS5 dengan harga $450 (RM1,925.10) ataupun $500 (RM2,139) sekalipun.

Paul Tassi menggambarkan jika PS5 dijual di bawah harga $500 dan versi digital di bawah $450, maka konsol itu dikira murah.

Sony sudah menjangkan Microsoft akan menjual Xbox Series X pada harga sekitar $500. Jadi, beliau mencadangkan, berdasarkan bayangan yang diberikan Ryan, PS5 akan dijual sekitar $550 (RM2,352) sehingga $600 (RM2,567).

Salah satu sebab Sony dikatakan tidak takut jual mahal kerana trend gamers pada hari ini yang sanggup membelanjakan lebih $1,000 untuk gaming PC.

Rujukan: Forbes

Baca yang lain