Cer Teka, Konsol Permainan Apa Yang Paling Banyak Dicari Di ASEAN Ketika Lockdown

Lockdown antara sebab kenapa kenapa konsol permainan dicari dengan banyak. Malah ada yang naik harga pun ada. Misalnya, PS4, ketika Sony mengumumkan PS5 akan keluar hujung tahun ni, ramai yang potong harga nak menjualnya. Namun selepas PKP, harga itu kembali meningkat naik.

Namun tahu tak korang konsol permainan apa yang paling banyak dicari di Asia Tenggara / Asean sepanjang lockdown ini?

Jawapannya Nintendo Switch! Ianya terus menjadi konsol generasi baru yang semakin popular. Gayanya yang hibrid, di mana ia menawarkan on the go dan juga boleh dimainkan di skrin besar, membuatkan ramai yang meminatinya.

Sejak lockdown ini, populariti Nintendo Swicth terus meningkat naik. Selain daripada ianya mudah digunakan dan portable, ciri cirinya yang mesra dengan kanak kanak juga membuatkan ramai ibu bapa selesa membelikan anak mereka konsol ini.

Laporan terbaru daripada Nintendo menyatakan mereka dicari sebanyak 1.5 juta kali di semua platform e commerce di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, dan juga Hong Kong. Carian itu lebih banyak sebenarnya, jika laman laman pre-love atau penjual barangan terpakai diambil kira.

Lima daripada negara yang disebut  Nintendo itu memilih produk mereka. Dan empat daripadanya adalah di Asia Tenggara.

PS4 menjadi konsol paling popular di Asia Tenggara berdasarkan carian kedua, kecuali di Thailand, di mana carian kedua yang tertinggi adalah Xbox One.

Agak menarik untuk butiran carian ketiga, ada tiga negara iaitu, Indonesia, Thailand dan Filipina mencari PlayStation 3. Ini membuktikan di Indonesia, memang orang di sana sukakan Sony Playstation.

Laporan oleh lama iPrice pada pertengahan Mac ke pertengahan April, jumlah carian untuk Nintendo Switch mencanak meningkat kepada 245%.

Sementara PS4 meninkat kepada 135%, ataupun 1.6 kali lebih rendah daripada Nintendo Switch.

Overall general interest in gaming consoles went up by 115 percent. However, iPrice saw Vietnam’s interest was the highest at a whopping 432 percent followed by Singapore and Thailand at 241 percent and 208 percent respectively.

Oleh itu pada April lalu, Nintendo menyatakan mereka akan menambah pengeluaran mereka untuk 22 juta lagi bagi memenuhi permintaan di pasaran global.

Sumber: Mashable

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil