Copa América 2021 cukup istimewa untuk Argentina. Mereka menjulang kejuaraan antarabangsa major pertama mereka sejak 1993 – menewaskan Brazil di Stadium Maracanã yang legenda -, mengasti badi dua perlawanan akhir yang tewas menentang Chile pada 2015 dan 2016 dan mencipta naratif yang sangat terang tentang Lionel Messi menuju ke Piala Dunia yang bermula pada 20 November 2022 akan datang.
Messi, sudah tentu, adalah arkitek utama kemenangan. Dan bukan sahaja berkat bakat luar angkasanya tetapi juga suara kepimpinannya di dalam bilik persalinan.
Messi yang sering dikritik sebagai tidak ada ciri ciri pemimpin sejati kerana pendiam, telah menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin dengan cara tersendiri.
Dia memiliki karakter dan suara yang mampu membangkitkan semangat pemain pemain lain yang berjuang bersamanya.
Dalam dokumentari terbitan Netflix berjudul Sean Eternos: Campeones de América (Be Eternal: Champions of America), dipaparkan detik ceramah terakhir sebelum masuk ke padang untuk aksi final Copa America 2021 oleh tak lain tak bukan iaitu Lionel Messi.
Lo siento pero te como, hermano. MAÑANA estrena Sean eternos: Campeones de América, el documental que cuenta en primera persona el camino de la Scaloneta para dar la vuelta en el Maracaná. Sí, hablan todos los que te imaginás que hablan. pic.twitter.com/S0AP7fh7T0
— CheNetflix (@CheNetflix) November 2, 2022
Anda boleh melihat bagaimana rakan sepasukannya memujanya dan menghormatinya. Terdapat juga beberapa rakan dari negara lain seperti Neymar dan Luis Suarez yang turut menunjukkan betapa mereka menghormati dan menyayangi Messi.
Ceramah ‘berhantu’ Messi
Ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut Messi benar benar memberikan kesan kepada para pemain di bilik persalinan Argentina.
Malah rakan sepasukan seperti Angel di María tidak pernah melihatnya melakukan sesuatu seperti ini sebelum ini.
“Se le salió la cadena,” kata El Fideo, dalam sesuatu yang hanya boleh diterjemahkan sebagai “dia dah hilang akal.”
Di Maria tidak pernah melihat Messi begitu inginkan piala seperti yang dia lakukan pada hari itu.
Messi mengajak rakan rakannya untuk berkumpul dan berkata:
“Hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu, sahabat semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk 45 hari ini,” kata Messi untuk memulakan ucapan.
“Saya memberitahu kamu ini pada hari lahir saya, kita telah mencipta kumpulan yang hebat, kumpulan yang cantik, dan saya sangat menikmatinya.”
“Empat puluh lima hari di mana kami tidak mengeluh tentang perjalanan, makanan, hotel, padang , tentang apa-apa. Empat puluh lima hari tanpa melihat keluarga kita, 45 hari”.
Messi meneruskan tentang kesulitan lain yang dialami semasa kejohanan tetapi sentiasa mengingati bahawa objektif rakan sepasukannya di penghujung garisan.
“El Dibu (Emiliano Martinez) menjadi seorang ayah dan dia masih belum melihat anak perempuannya atau dapat mengangkatnya.”
“El Chino (Lucas Martínez Quarta) juga sama, dia hampir tidak melihat anaknya. Dan mengapa? Untuk ini, buat masa ini, kerana kita ada matlamat, kita mempunyai sasaran dan kita hanya selangkah lagi untuk mencapainya, satu langkah kecil”, katanya.
Messi's team talk before the Copa America final has been released 🥶 pic.twitter.com/03Kmluw955
— ESPN FC (@ESPNFC) November 2, 2022
“Dan kamu tahu apa yang terbaik? Itu terpulang kepada kita; terpulang kepada kita untuk memenangi piala ini. Jadi atas sebab itu, kita akan pergi ke sana, menjulang trofi itu dan membawanya pulang ke Argentina untuk menikmatinya bersama keluarga kita, rakan rakan kita dan orang yang sentiasa menyokong kita”.
Seterusnya Messi menutup ucapannya dengan sedikit puitis:
“Tiada yang kebetulan dalam semua perkara ini, Awak tahu apa? Trofi ini seharusnya dimainkan di Argentina dan Tuhan membawanya ke sini. Tuhan membawanya ke sini supaya kita boleh menjulangnya di Maracanã kawan, supaya ia boleh menjadi lebih cantik untuk semua orang. Jadi mari keluar dengan yakin dan tenang kerana kita membawa yang ini pulang.”
Messi's emotional speech before the Copa America final vs Brazil at the Maracanã Stadium. Leadership.
Watch more of this in the Netflix documentary 𝗖𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻𝘀 𝗢𝗳 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗰𝗮 that will be released tomorrow.
English subtitles by @JimenaJuani.pic.twitter.com/fIeOOiU2XV
— Usher Komugisha (@UsherKomugisha) November 2, 2022
Dokumentari itu akan tersedia di Netflix sejak 3 November.