Cetak Gol Kelab Ke-700 Ronaldo Kini GOAT Untuk Gol Kelab & Antarabangsa

Cristiano Ronaldo menggunakan sambutan ‘siuuu’ selepas menjaringkan gol ke-700 di peringkat kelab ketika Manchester United menewaskan Everton 2-1 dalam Liga Perdana.

Man United turun dalam perlawanan penting menentang Everton di Goodison Park pada minggu ke-10 Liga Perdana Inggeris dalam usaha mereka bangkit selepas tewas 6-3 di tangan Man City sebelum ini.

Man Utd berjaya menyempurnakan misi mereka itu dengan kemenangan 2-1 ke atas The Toffees. Sumbangan gol daripada Antony (15′) dan Cristiano Ronaldo (44′) menjadikan Man Utd menang selepas ketinggalan kepada jaringan Alex Iwobi (5′).

Ronaldo, yang merupakan pemain gantian dalam perlawanan ini. Telah berjaya menembusi gawang Pickford sebelum rehat separuh masa pertama.

Gol itu adalah gol pertama Ronaldo dalam Liga Perdana musim ini. CR7 menunggu gol itu selepas sembilan perlawanan, selepas tidak bermain menentang Man City.

Apa yang lebih menarik, selepas menjaringkan gol menentang Everton Ronaldo tidak lagi meraikan ‘siuuu’ seperti biasa.

Kapten pasukan kebangsaan Portugal menggunakan sambutan baharu. Penyerang berusia 37 tahun itu memejamkan mata dan meletakkan kedua-dua tangan di dada seperti sedang berdoa, dipetik dari Sportbible.

Sambutan itu dilakukan oleh Cristiano Ronaldo bersama Antony, seorang lagi penjaring gol Red Devils dalam perlawanan itu.

Dia juga menunjukkan 7 jari kepada kamera. Setiap jari mewakili 100 gol yang dia cetak sejak melakukannya lebih 20 tahun bersama Sporting.

Nama Ronaldo menjadi tumpuan musim ini kerana dia tidak menjaringkan gol. Terutama sekali ketika menengant Omonia dia banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol tetapi mempersia siakannya.

Musim ini Ronaldo telah bermain dalam 10 perlawanan di Manchester United, dalam semua pertandingan. Bagaimanapun, hanya dua gol telah dijaringkan (satu dalam Liga Perdana dan satu dalam Liga Europa) dengan tambahan satu bantuan.

Erik Ten Hag mengakui bahawa Ronaldo berdepan dengan krisis keyakinan diri di hadapan gol. Dan berkata, gol pertama di Everton itu sangat penting untuk dia mendapatkan semula sentuhannya.

“Setiap penjaring gol memerlukannya [gol pertama] walaupun anda pemain terbaik dunia sekalipun. Itu penting untuk mengesahkan naluri gol anda. Saya telah bekerjasama dengan ramai penjaring gol berkelas dunia,” tegas Ten Hag.

Frank Lampard tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan pujian kepada Ronaldo, yang turut pernah menjadi lawannya sebagai pemain.

Lampard menganggap Ronaldo dan Messi telah menjadikan angka angka yang dianggap luar biasa, kini menjadi angka biasa dan boleh dicapai.

Selain daripada menjadi pemain yang pertama mencetak 700 gol di peringkat kelab, Ronaldo juga merupakan pemain yang memiliki jaringan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman. Pada usianya 37 tahun, dia adalah pemain yang masih aktif.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil