Manchester United turun berhadapan dengan Club Brugge di Belgium dalam aksi kalah mati pusingan pertama Liga Europa.
Manchester United mencatatkan keputusan seri di dalam aksi first leg.
Berikut adalah 5 perkara yang digariskan.
1. Back 3 United
Sekali lagi Ole Gunnar Solskjaer cuba menggunakan sistem back 3, dan membentuk chain of 5 – di dalam permainan Man United.
Namun apa yang berlaku pada separuh masa pertama berlaku banyak kebocoran di bahagian half space. Di ruang antara wide centre back dengan side back.
Brugge berjaya menjaringkan gol pada awal perlawanan.
Just like he did at the Santiago Bernabeu, Emmanuel Dennis brought out the CR7 celebration against Manchester United 🤩🇳🇬#CLUMUN #UEL pic.twitter.com/y4U5lTuMXJ
— Goal (@goal) February 20, 2020
Club Brugge banyak mendapat manfaat daripada kebocoran ini. Namun sayangnya mereka tidak dapat menambah gol lagi kerana penyudah tumpul.
2. Mignolet keeper pertama assist
Simon Mignolet menjadi penjaga gol pertama yang melakukan assist dalam UEL sejak 2015.
Beliau menghantar terus kepada rakannya pada separuh masa pertama dan mendahului Man United.
Former Liverpool goalkeeper Simon Mignolet becomes the first goalkeeper to provide an assist in the Europa League since 2015 💪
It had to be against Manchester United 😏#CLUMUN #UEL pic.twitter.com/CdmumXjRw9
— Goal (@goal) February 20, 2020
3. Lingard 2 abad
Jesse Lingard mencatatkan rekod penampilan dua abad (200 perlawanan) bersama dengan Man United semalam.
🏅 @JesseLingard joins the #MUFC 2️⃣0️⃣0️⃣ club! 👏#UEL https://t.co/GOKVy5qkap pic.twitter.com/FxxsHvb98E
— Manchester United (@ManUtd) February 20, 2020
Siapa sangka perjalanan Lingard bersama Man United telah pergi sebegini jauh.
Selain itu Victor Lindelof pula mencatatkan penampilan ke-100 untuk Red Devils.
4. Martial selamatkan United
Anthony Martial ternyata menjadi penyelamat Man United daripada menelan kekalahan.
Beliau menjaringkan gol penyamaan selepas berjaya mengatasi pertahanan lawan. Brugge melakukan kesilapan pada lontaran ke dalam.
Martial musim ini mencatatkan rekod cemerlang bersama United dengan 14 gol dan 9 assist.
Ini bermakna beliau menyumbang dan terlibat secara langsung dalam 19 gol United musim ini (melakukan gol atau assist).
Anthony Martial in 2019-20:
👥 – 30 appearances
👤 – 27 starts
🕛 – 25 appearances worth of minutes
⚽ – 14 goals
🎯 – 5 assists
🥅 – 0.76 goal contributions per 90 pic.twitter.com/OuqK0Aplw9— UtdArena (@utdarena) February 20, 2020
Beliau juga mendedikasikan golnya kepada Marega yang menjadi mangsa serangan perkauman di Portugal.
Anthony Martial dedicated his goal to Porto striker Moussa Marega tonight after he was racially abused in Portugal this week.
Touch of class. ⚽ pic.twitter.com/IT5tP3Rj24
— Football Tweet (@Football__Tweet) February 20, 2020
5. Debut Ighalo dan Bruno Fernandes
2 pemain baharu ini melakukan penampilan sulung mereka dalam champion Eropah bersama dengan Manchester United.
Dan kedua-duanya masuk sebagai pemain gantian.
Rumusan
Perlawanan ini jelas sekali bukan perlawanan terbaik United. Mereka banyak kali bergelut dengan tempo dan juga kawalan dalam perlawanan ini.
United berjaya membawa pulang away goal daripada tempat lawan. Mungkin itu adalah antara perkara positif daripada aksi ini.