FIFA dan UEFA sebulat suara untuk melanjutkan lagi tempoh penggantungan Rusia daripada bola sepak antarabangsa.
Sebelum ini sudah ada tanda tanda UEFA dan FIFA kembali menerima Rusia beraksi dalam kalendar antarabangsa. Misalnya, pasukan yang mengadakan persahabatan dengan Rusia tidak akan dikenakan sebaarang tindakan.
Malah baru baru ini, Rusia menjemput pasukan Brunei melawan mereka.
Pasukan bola sepak Rusia dikenakan penggantungan sejak 2022, selepas konflik negara itu dengan Ukraine.
Malah di peringkat Olimpik, atlet mereka tidak dibenarkan mewakili negara Rusia, atau membawa bendera Rusia mahupun lagu kebangsaan Rusia.
Mereka bertanding atas tiket persatuan sukan. Bola sepak yang merupakan sukan popular di negara itu terkena kesan yang sangat teruik.
Di mana kelab kelab Rusia sebelum ini dilarang mendaftarkaan sebarang pemain lagi dari luar Rusia. Pemain asing yang bermain di Liga Rusia yang mahu menamatkan kontrak dan meninggalkan negara itu diberikan kebenaran khas oleh UEFA.
Di mana mereka boleh menamatkan kontrak sebelah pihak sahaja.
Kelab kelab dari Liga Rusia dilarang bertanding dalam aksi UEFA. Termasuk UCL dan pertandingan di bawah seliaan UEFA.
Membuatkan kelab kelab ini hilang sumber pendapatan. Pasukan kebangsaan mereka dilarang bermain dalam Piala Dunia 2022 dan Eurio 2024 dan tidak boleh beraksi dalam kelayakan sekalipun.
Dan UEFA sebelum ini menerusi presidennya, Ceferin sudah membayangkan bahawa Rusia mungkin akan kembali ke kancah bola sepak antarabangsa serta liga mereka akan ditamatkan pengganntungan.
Malangnya itu tidak berlaku. MarchTV melaporkan ianya adalah ‘berakhir’ untuk Rusia. Kerana impian mereka mahu bermain di Piala Dunia 2026 sudah tertutup. Ini selepas FIFA dan UEFA memutuskan bahawa penggantungan ke atas RFU dilanjutkan lagi.
Buat masa ini masih tidak pasti sampai bila semua ini akan berterusan.
Alasan utama UEFA dan FIFA adalah, atas faktor keselamatan. Impian Rusia ke Piala Dunia 2026 berkubur. Walaupun pada 2018, mereka menjadi negara tuan rumah.
https://twitterr.com/MatchTV/status/1858558838724509708