Chef Dedahkan CR7 Juga Makan Nasi & Minum Air Ditapis Untuk Memastikan Fizikalnya Mantap

Pada usianya 36 tahun, Cristiano Ronaldo terus bermain di peringkat tertinggi dan menjadi pemain elit di kelab serta antarabangsa.

Minggu ini Ronaldo sudah rasminya menjadi pemain paling banyak gol antarabangsa, mengatasi Ali Daei dengan dua gol dramatik ketika berdepan Ireland.

Sebelum ini Ronaldo pernah menyatakan bahawa dia boleh bermain sehingga usianya 40 tahun. Dengan kondisi fizikal beliau yang ada, nampaknya pemain itu benar benar sedang menuju ke arah itu.

Tidak ada tanda tanda Ronaldo mengurangkan peak beliau.

Di sebalik fizikalnya yang luar biasa, terselit pengorbanan yang sangat besar oleh pemenang Ballon d’or lima kali itu.

Paling mustahak bermula dengan disiplin pemakanan. Bekas cef rumah Ronaldo iaitu Girgio Barone berkongsi tentang diet Ronaldo.

Barone berkata: “Tidak ada makanan mahal di meja Ronaldo, namun kesemuanya makanan yang sihat.”

“Saya banyak menyediakan makanan organik, makanan semulajadi, ikan, ayam, telur, avokado, daging, minyak kelapa, dan nasi hitam [dia maksudkan nasi perang tu rasanya].”

“Kamu harus menjaga badan kamu seperti mana kamu menjaga Ferrari.”

Barone berkhidmat untuk Ronaldo sepanjang beliau berkarier di Itali bersama dengan Juventus.

Barone mendedahkan bahawa diet Ronaldo bertumpu kepada makanan berprotein, serat dan salad. Ronaldo akan sedaya upaya mengelakkan gula, lemak dan karbohidrat. Hanya mengambil pada kuantiti perlu.

Barone menyatakan dia tak hairan ketika Ronaldo dengan spontan kelihatan rimas dan menolak 2 botol coca cola ketika Euro 2020 sambil mengangkat air kosong, sambil menyebut ‘agua’ yang bermaksud air kosong dalam bahasa Portugis.

Barone menganggap bekas bosnya itu bukan seorang hipokrit soal diet. Kerana dia memang anti kepada minuman bergas dan bergula seperti Coca Cola.

Selain itu, Barone berkongsi tips bahawa diet Ronaldo juga mementingkan minyak kelapa yang digunakan untuk membantunya membakar lemak dan memperbaiki kadar kolestrol dalam badan.

“Saya memasak menggunakan minyak kelapa. Dan sangat penting untuk minum banyak air yang ditapis. Ya, minum banyak sekali air tu.”

Ini kemudian disudahi dengan rehat yang secukupnya pada masa yang betul selepas makan. Ronaldo akan memastikan makanannya cukup dicerna dan dihadam sebelum melakukan aktiviti lain.

Barone memberitahu lagi, sudah tentunya, fizikal Ronaldo yang ada juga melibatkan latihan fizikal yang keras.

“Sudah tentunya dia sangat bekerja keras untuk berlatih. Asasnya adalah berlatih dengan nutrisi termasuk makanan tengah hari. Dia akan makan awal sebelah malam, bukannya makan selepas lewat malam.”

Baca juga: [VIDEO] Pengenalan CR7 Simple Je Dan Ikonik Kepulangan Ke OT, Tak Perlu Piano Bagai

Cristiano Ronaldo rasminya menjadi pemain Manchester United dan kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun berpisah.

Man United setuju dengan pakej harga terkumpul sekitar €30 termasuk bonus untuk mendapatkan semula legenda mereka itu yang awalnya turut dikaitkan dengan Manchester City.

Ronaldo meminta dilepaskan oleh Juventus selepas memberitahu bahawa beliau tidak akan melanjutkan lagi kontrak dengan kelab Itali itu.

Juventus pastinya tidak rela melihat superstar dibeli €100 juta dari Real Madrid itu pergi secara percuma, lebih lebih lagi pada musim pandemik ini.

Ronaldo menjejakkan semula kakinya ke Old Trafford sebaik sahaja tamat tugasan kebangsaan dengan Portugal.

Pemain tersebut kembali memakai jersi no.7 yang ikonik dengan beliau.

Sebelum ini, para peminat tertunggu tunggu nombor jersi Ronaldo. Pastinya ramai berharap Ronaldo akan dapat menyarung semula jersi no.7.

Cavani rasminya menyerahkan no.7 kepada Ronaldo dan bintang Uruguay itu memakai jersi no.21 yang ditinggalkan Daniel James – yang menyertai Leeds United.

Sah pakai no.7

Pemain berusia 36 tahun, Ronaldo, yang telah memiliki jenama ‘CR7’ sejak satu dekad yang lalu, pastinya sangat signifikan jika berjaya memakai semula jersi no.7.

Namun peraturan EPL dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Uruguay itu mesti kekal dengan no.7 sehingga akhir musim ini.

Cavani diberikan no.7 tersebut selepas United berjaya memujuknya untuk melanjutkan kontraknya musim lalu. Ketika itu Cavani menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Boca Juniors di Argentina demi untuk tinggal lebih dekat dengan keluarganya.

Manchester United mendapatkan pengecualian khas daripada Premier League untuk menukar nombor jersi Cavani, untuk membolehkan Ronaldo mendapat semula no.7 yang signifikan dengan beliau.

No.21 juga merupakan jersi yang dipakai Cavani dalam kancah antarabangsa.

Ronaldo menyatakan dia terharu dengan kemuliaan hati Cavani yang menyerahkan jersi no.7 untuknya.

Hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut, peminat berpusu pusu memasuki laman rasmi Man United untuk membuat tempahan. Di Old Trafford, peminat beratur panjang untuk membeli secara terus jersi Ronaldo 7.

Ronaldo merupakan ikon di Manchester United. Dan pada masa yang sama merupakan atlet yang memiliki publisiti paling berpengaruh di dunia.

Forbes mengiktiraf Ronaldo sebagai raja publisiti dari kalangan atlet dan ahli sukan.

Video pengenalan yang ringkas namun bermakna

‘Man United akhirnya kembali ke jalan yang benar’ kata seorang peminat mereka merujuk kepada video Ronaldo yang dianggap lebih memfokuskan kepada isu profesional berbanding gimik melampau seperti bermain piano, dan gendang ketika mengumumkan Alexis Sanchez dan Fred.

Ronaldo dengan wajah bangga dan puas berjalan menerusi terowong Old Trafford yang sudah dilaluinya banyak kali dahulu.

Sambil dia mendepakan tangannya mengumumkan dirinya sudah tiba di Old Trafford. Saksikan:

Ronaldo juga memberitahu bahawa dia bukan datang untuk bercuti di United lebih lebih lagi cuti sebelum bersara.

Dia sudah bersedia untuk membantu kelab memenangi kejuaraan sekali lagi. Ronaldo yakin dengan pasukan sedia ada bahawa mereka boleh melakukannya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan