Chelsea dikatakan akan membincangkan semula tentang potensi perpindaha Alejandro Garnacho. Pemain itu sebelum ini pernah menjadi sasaran Enzo Maresca namun memutuskan untuk terus kekal di Man United.
Kini drama saga perpindahan Garnacho ke Chelsea hangat kembali. Laporan dari UK menyebut bahawa, Chelsea akan membincangkan tentang perpindahan tersebut.
Mereka akan membuat keputusan tentang perkara itu dalam masa terdekat. Buat masa ini fokus pasukan sepenuhnya kepada final UECL.
Namun begitu laporan terbaru menyebut bahawa Chelsea sebenarnya tidak lagi menjadikan Garnacho dalam senarai sasaran utama mereka. Namun mereka kini beralih kepada pemain Borussia Dortmund, Jamie Bynoe Gittens.
Chelsea are understood to have cooled their interest in Manchester United winger Alejandro Garnacho as they instead make Borussia Dortmund’s Jamie Gittens their top target. (via @caughtoffside) pic.twitter.com/tWpRi2MBsH
— Chelsea Forever (@KingEbube0522) May 17, 2025
Dikatakan pada ketika ini, Maresca lebih berminat dengan lelaki lain iaitu Gittens selepas melihat prestas Garnacho musim ini yang kurang konsisten.
Namun Man United masih lagi waspada dengan minat beberapa kelab lain lagi yang mahukan Garnacho. Antaranya Barcelona yang dikatakan memantau perkembangan pemain muda mereka itu.
Man United sedia untuk bercakap dengan Garnacho tentang pendirian mereka bahawa pemain itu sangat penting untuk projek masa depan kelab.
United juga sedia meletakkan tanda harga sangat tinggi sebagai tanda Garnacho bukan untuk dijual.