Chelsea Belasah Southampton

Chelsea kini benar benar berada dalam landasan persaingan kejuaraan. Skuad bimbingan Enzo Maresca sekali lagi cemerlang dengan berpesta gol membelasah Southampton.

Chelsea menang 5-1 di tempat lawan. Dan menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol di EPL selepas 14 perlawanan.

Chelsea di hadapan menerusia Axel Disasi pada minit ke-7. Namun Joe Aribo menyamakan kedudukan 4 minit kemudian.

Chelsea kemudian menyumbat dua lagi gol sebelum masuk ke bilik persalinan menerusi Nkunku dan Madueke. Southampton menamatkan separuh  masa pertama dengan 10 pemain apabila Jack Stephen dibuang padang minit ke-39.

Pada separuh masa kedua, Cole Palmer – siapa lagi kan? – memastikan Chelsea 3 gol di hadapan dengan gol pada minit ke-76.

Pemain dipinjam dari Man United, Jadon Sancho pula meledak gol pada minit ke-87 untuk memastikan The Blues kini dibezakan 7 mata dengan Liverpool yang keciciran mata di St James Park.

Liverpool terikat 3-3 di Newcastle selepas The Reds melepaskan bolos pada minit ke-90 ketika mereka sudah mendahului 3-2.

Sementara itu, Arsenal terus mengikat Chelsea dari segi kutipan mata dengan kemenangan 2-0 ke atas Manchester United.

Skuad Mikel Arteta membuktikan sekali lagi bahawa mereka adalah pakar  bola mati. Ini adalah kekalahan pertama Ruben Amorim bersama dengan Manchester United