Chelsea Berbelanja Lebih £1B Di Bawah Todd Boehly, Dan Elak FFP Pada 13 Minit Terakhir

Chelsea mengumumkan kedatangan Cole Palmer dari Manchester City dengan nilai perpindahan sekitar £40 juta ditambah dengan bonus £2.5 juta.

Dengan ini sejak Todd Boehly mengambil alih Chelsea kelab itu sudah mengeluarkan perbelanjaan sekitar £1.016 billion untuk membeli pemain.

2 pemain dibeli dengan nilai sekitar £100 juta iaitu Enzo Fernandes juga pembelian rekod kelab serta Liga Inggeris iaitu Moises Caicedo.

Nama nama besar lain terbasuk Raheem Sterling, Wesley Fofana, Christophe Nkunku. Marc Cucurella serta Pierre Emerick Aubameyang kesemuanya ditandatangani pada era Boehly.

Kemudian Chelsea membelanjakan banyak wang pada pemain muda dalam usaha mereka membentuk pasukan Cheslea era baharu.

Chelsea menggunakan kelompongan yang ada pada kiraan nilai FFP. Misalnya, Mykhailo Mudryk dibeli dengan nilai £88 juta. Dia diberikan kontrak sekitar 8 tahun. Bermakna Chelsea dikira berbelanja purata £11 juta semusim untuk pemain itu.

UEFA sebelum ini sudah membincangkan peraturan kontrak pemain dan akan cuba menyekat pemberian kontrak yang terlalu panjang kepada pemain, lebih daripada 5 tahun misalnya.

Tetapi Chelsea terus mengambil kesempatan di atas kelompongan tersebut selagi lagi ianya tak ada halangan.

Moises Caicedo turut diberikan kontrak 8 tahun oleh Chelsea. Romeo Lavia pula diberikan kontrak selama 7 tahun oleh kelab itu.

Walaupun Chelsea berbelanja besar mereka juga banyak menjual pemain mereka atau meminjamkannya ke kelab lain.

Itu antara cara mereka cuba mengelak daripada kantoi dengan FFP yang mengambil kira perbelanjaan dalam 3 tahun terakhir berdasarkan pendapatan vs hutang.

Seterusnya, laporan dari UK menyebut, Chelsea berjaya mengelak daripada melepasi had FFP dalam 13 minit terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup. Ini apabila mereka berjaya menjual Ian Matsen ke Burnley dengan nilai £31.5 juta.

Pemain itu awalnya keberatan untuk menyertai Burnley namun akhirnya dia berjaya dipujuk.

Sebelum ini pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino yakin kelabnya sangat bijak dalam urus tadbir kewangan dan mengelak daripada melanggar peraturan FFP.

Chelsea berjaya menjual Kai Havertz, Mason Mount dan Mateo Kovacic sebelum ini.

Pada Jumaat, Pochettino berkata: “Saya tak tahu angka sebenar hasil jualan kelab ini. Kamu boleh kata kamu terkejut namun kami harus berevolusi dengan sistem. Bola sepak hari ini berbeza. Kami menguruskan nilai yang berbeza.”

“20 tahun lalu, jika kamu rasa perkara seperti ini akan berlaku, mungkin tiada siapa percayakan kami. Hari ini, saya rasa sudah sangat normal wang itu berpusing. Dalam perniagaan yang besar, aliran wang harus sentiasa berjalan tanpa henti. Kami mendapat manfaatnya. Kami hari ini hidup berdasarkan proses perniagaan ini.”

“Saya bukan berada di sini untuk berceramah dan mengajar anda. Ini semua tentang keseimbangan.”

“Chelsea banyak mengeluarkan wang untuk membeli pemain. Namun Chelsea juga banyak mendapat wang daripada penjualan pemain. Itu perkara normal. Pemilik kelab kami mahu membangunkan projek dan kami akan membantu mereka kerana kami semua profesional. Memberikan visi kami.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai