Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan minat ke atas Virgil Van Dijk. Dan terbaru David Ornstein dari The Athletic mengesahkan bahawa The Blues memang berusaha untuk memujuk Van Dijk menyertai kelab itu secara percuma.
Kepimpinan dan pengalaman Van Dijk telah menjadi faktor utama yang membuatkan Maresca mahukannya. Memandangkan skuadnya sarat dengan pemain pertahanan muda yang masih kurang pengalaman.
Seterusnya ini juga membuktikan bahawa Chelsea sebenarnya bukan hanya membeli atau menandatangani pemain B-23 sahaja dalam polisi perpindahan mereka.
Namun begitu tiada rundingan rasmi dibuat antara Van Dijk dan Chelsea memandangkan pemain itu memang dari awal menunjukkan keutamannya adalah mahu terus kekal di Liverpool.
🗣 David Ornstein: "There was interest from Chelsea in signing Virgil Van Dijk if he had become available, but ultimately he only had eyes on Liverpool, and that shows there is no rule on only signing U23 players at Stamford Bridge, as some have suggested."
~ @NBCSportsSoccer pic.twitter.com/4rqf6Q3ZL3
— Vince™ (@Blue_Footy) April 19, 2025
Dalam perkembangan lain, David Ornstein mengesahkan bahawa kedudukan Enzo Maresca di Chelsea adalah selamat. Dan dia akan akan terus diberikan sokongan termasuk dana dalam perpindahan pemain.
Tetapi, Maresca harus berusaha menjual beberapa pemain dalam pasukannya untuk membantu menambah dana atau memperbaiki had FFP pasukan mereka.
Chelsea bagaimanapunn masih berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan trofi eropah. Pada masa yang sama mereka mahu memastikan kedudukan mereka di UCL musim hadapan adalah selamat.