Chelsea hampir bersetuju dengan perjanjian £55m dengan Leeds untuk membeli Raphinha, tetapi mereka harus benar benar meyakinkan pemain Brazil itu untuk menolak minat daripada Arsenal dan Barcelona.
Chelsea dilihat memiliki kelebihan berbanding Arsenal kerana menawarkan harga lebih tinggi serta bola sepak UCL untuk pemain itu.
Chelsea and Leeds have reached full agreement for Raphinha! Official bid accepted around £60/65m [add ons included]. Main part of amount to be paid immediately. It’s done between clubs. 🚨🔵 #CFC
Talks now ongoing on player side on personal terms and contract. Boehly, on it. pic.twitter.com/gNbc4HbrTa
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 28, 2022
Raphinha menjadi sasaran Arsenal. Selepas pemain itu dilihat sukar untuk ke Barcelona. Walaupun dia sudah memberikan janji verbal kepada Barca pada musim lalu. Namun Barca berdepan masalah kewangan.
Pemain sayap kiri itu, yang turut menjadi sasaran Tottenham. Dan dia sudah bersedia untuk menjadi pemain utama kedua meninggalkan Leeds pada musim panas ini, selepas Kalvin Phillips, yang menyertai Manchester City.
Chelsea telah membuka perbincangan mengenai Raheem Sterling dari City dan juga mahukan Raphinha ketika mereka membina semula serangan mereka.
Gambaran serupa di Arsenal, yang telah bersetuju dengan perjanjian untuk membeli Gabriel Jesus dari City tetapi menyasarkan rakan antarabangsa Brazilnya, Raphinha juga.
Todd Boehly, pemilik bersama Chelsea, sedia menyokong hasrat Thomas Tuchel untuk membawa masuk dua pemain sayap serangan.
Tuchel telah mempertimbangkan perpindahan untuk Ousmane Dembélé dari Barcelona dan Richarlison dari Everton. Di mana Richarlison turut menarik minat Tottenham.
Lalu Tuchel menumpukan usaha untuk mendapatkan Raphinha.
🚨 EXCL: Chelsea close to agreeing fee north of £55m with Leeds for Raphinha but not done yet. #CFC now best placed with #LUFC & 25yo as long-term favourites Barcelona can’t afford it at present + Arsenal not currently at required price @TheAthleticUK #AFC https://t.co/cPEmDq4d8N
— David Ornstein (@David_Ornstein) June 28, 2022
Sterling, yang telah mengadakan perbincangan dengan Tuchel mengenai kehidupan di Stamford Bridge, dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya £50m. City dijangka menerima tawaran pembukaan Chelsea untuk penyerang England itu minggu ini.
Chelsea perlu meningkatkan kualiti mereka di pertiga akhir dan dilaporkan telah bersetuju untuk meminjamkan Romelu Lukaku kepada Internazionale.
Tuchel ingin membina serangan yang lebih serba boleh dan Raphinha, yang boleh memainkan beberapa peranan di barisan hadapan, boleh memberikan sumbangan yang baik.
Tuchel masih memantau Dembélé, yang meninggalkan Barcelona secara percuma. Pemain sayap Perancis itu tidak bersetuju untuk melanjutkan kontraknya dan mahu memutuskan masa depannya tidak lama lagi.
Bagaimanapun, tuntutan gajinya mungkin terlalu tinggi untuk Chelsea. Chelsea turut masih belum membuat pendekatan untuk Richarlison.
🇧🇷 “There’s talk that Tuchel might prefer him [Raphinha] as a wing-back. Arsenal would play him in his favoured position.”
[@David_Ornstein] pic.twitter.com/Gt5cHA4v0R
— TheAFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) June 28, 2022
Chelsea juga sedang berbincang dengan City untuk mendapatkan Nathan Aké. Bek tengah itu datang melalui akademi Chelsea dan dikagumi oleh Tuchel. Dia boleh menggantikan Antonio Rüdiger sebagai bek tengah kiri Chelsea.
Ake sebelum ini meninggalkan Chelsea untuk menyertai Bournemouth. Kembali semula ke Chelsea, dijual semula ke Bournemouth, kemudian menyertai City dan kini sedia kembali semula ke Stamford Bridge.
Tuchel juga sedang mencari bek tengah sebelah kanan selepas pemergian Andreas Christensen. Chelsea sedang berbincang dengan Juventus mengenai Matthijs de Ligt tetapi jika pemain Belanda itu terbukti terlalu mahal mereka akan cuba mendapatkan Jules Koundé dari Sevilla.
Chelsea juga telah dikaitkan dengan pemain Inter Milan Skriniar, yang menjadi sasaran Paris Saint-Germain.