Semalam, Premier League mengumumkan bahawa Everton telah dipotong 10 mata kerana 1 kesalahan melanggar FFP. Apabila hutang mereka musim lalu melebihi had ditetapkan.
Everton menjadi kelab pertama yang akan dikenakan hukuman kerana melanggar peraturan keuntungan dan kestabilan kewangan.
Peguam sukan, Catherin Forshaw percaya, Man City dan Chelsea juga akan berdepan dengan risiko yang sama, termasuk potensi disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris berdasarkan jumlah kesalahan.
“Jika kamu menjadi peguam di kedua dua kelab ini, kamu sebenarnya orang yang paling cemas mendengar hukuman yang telah diputuskan kepada Everton.”
“Jika dibandingkan dengan kesalahan Chelsea dan Man City, kesalahan Everton ini jauh lebih rendah spektrumnya dari segi kemudaratan. Jadi, penyingkiran untuk [City dan Chelsea] sudah tentunya boleh berlaku.”
Seorang lagi peguam sukan terkemuka, Nii Anteson menyatakan bahawa hukuman ke atas Everton ini akan dijadikan rujukan untuk kes yang akan datang. Jadi darjah hukuman yang sama berpotensi akan dikenakan ke atas pasukan yang lain selepas ini jika melanggar FFP.,
Musim lalu, Man City didapati bersalah dalam 105 pertuduhan salah laku kewangan, namun kelab itu berjaya membatalkan hukuman yang dilakukan di UK itu di mahkamah CAS. Selepas mereka membuat rayuan dan menyatakan bahawa ada peraturan UEFA menyatakan bahawa untuk kes yang lebih 5 tahun ianya dikira kes lapuk atau dah tamat tempoh.
Sementara itu, Chelsea masih disiasat untuk salah laku kewangan pada era Abramovich. Di mana beberapa dokumen terbaru dikeluarkan menunjukkan billionaire Rusia itu menyuntik dana ke syarikat luar negara yang sebenarnya miliknya sendiri. Kemudian dana itu disalur ke Chelsea sebagai bonus atau tajaan.
Stefan Borson, seorang lagi peguam sukan, secara terbuka di media sosial menyatakan bahawa hukuman pemotongan 10 mata ke atas Everton sebagai melampau dan tidak sepadan dengan kesalahan yang mereka lakukan.
“Hukuman tolak 10 mata untuk Everton adalah melampau untik kes pelanggaran FFP yang straightforward. Jadi untuk mengenakan hukuman yang sama ke atas Chelsea dan Man City [jika didapai bersalah], mereka berpotensi tersingkir daripada EPL.”