Chelsea menggunakan cara terbaru untuk menyokong kenyataan pengurus mereka yang sebelum ini banyak dijadikan bahan troll di media sosial.
Minggu lalu, Tuchel menyatakan bahawa, keletihan menjadi punca kenapa Chelsea gagal beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan dan banyak keciciran mata.
Ramai pundit dan peminat bola sepak menganggap Tuchel sudah hilang plot dan cuba mencari alasan.
Malah peminat Chelsea sendiri ada yang tidak mahu mendengar alasan Tuchel tersebut. Tuchel menggariskan bahawa aksi berdepan Manchester City merupakan aksi yang sangat sangat memberikan impak secara mental dan fizikla kepada mereka.
Ia membuatkan Chelsea beraksi sangat buruk ketika berdepan dengan Brighton dan terpaksa memberikan cuti rehat kepada para pemainnya selepas itu.
Thomas Tuchel to give tired Chelsea players a break after Brighton draw | By Louise Taylor https://t.co/Ck60U1QmfF
— Guardian sport (@guardian_sport) January 18, 2022
Dalam aksi berdepan dengan Spurs di Stamford Bridge, pegawai media Chelsea menggunakan cara baharu untuk back up pengurus mereka. Di mana mereka menyenaraikan statistik perlawanan Chelsea berbanding pasukan lain sejak November tahun lalu. Ianya bersamaan dengan 61 hari tempoh tersebut.
Tuchel telah menjadi subjek kecaman dan ejekan sebaik sahaja dia menyatakan bahawa pasukannya keletihan secara fizikal dan mental. Dan mengkritik penjadualan yang terlalu padat.
Dalam program hari perlawanan tersebut, dalam tempoh 61 hari sejak November, Chelsea sudah bermain 18 perlawanan berbanding dengan Liverpool (16 perlawanan) dan Man City (14 perlawanan).
Burnley pula hanya bermain 7 perlawanan dalam tempoh yang sama. Jadi secara tak langsung risalah tersebut telah menyindir penyokong Spurs yang merasakan bahawa setiap pasukan ada jadual yang sangat padat terutama sekali pasukan mereka. Di mana Antonio Conte turut mengutarakan bahawa penjadualan pasukannya sangat teruk.
😂 Chelsea making a point to back Tuchel’s “we’re tired” on the back of the matchday programme today
5 star pettiness👏🏻 (📷: @MiguelDelaney) pic.twitter.com/s1hNZxPrhe
— The Gaffer (@YassinJames_) January 23, 2022
Dan ternyata Spurs masih tidak seteruk Chelsea. Ianya juga kerana ada beberapa perlawanan Spurs ditunda kerana serangan wabak di kem mereka.
😂 Chelsea making a point to back Tuchel’s “we’re tired” on the back of the matchday programme today
5 star pettiness👏🏻 (📷: @MiguelDelaney) pic.twitter.com/s1hNZxPrhe
— The Gaffer (@YassinJames_) January 23, 2022
Ramai penyokong dan peminat bola sepak geli hati dengan cara tersebut. Ada yang menganggapnya sebagai genius dan penuh dengan sarcasm.
Penganalisis bola sepak terkemuka iaitu Miguel Delaney menganggap risalah tersebut sebagai masuk akal dan relevan.
Ini termasuk senarai insiden yang membawa kepada lawan mendapat kad kuning ataupun dibuang padang. Ianya bukti bahawa Chelsea berdepan dengan perlawanan yang sangat sukar.
Bukan itu sahaja, risalah tersebut turut menyatakan jumlah berapa kali lawan melengahkan perlawanan ketika berdepan dengan Chelsea.
The Chelsea programme making a point pic.twitter.com/p6Xlo30hSR
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) January 23, 2022
Walaupun begitu ada juga peminat teringat dengan 21 pemain Chelsea yang diloan ke tempat lain. Tidakkah Chelsea harus merasa kesal bila memikirkan pemain pemain ini yang seharusnya mendapat peluang untuk mengisi kepadatan jadual.
Ada juga yang menyatakan bahawa, itulah yang akan berlaku apabila sesebuah pasukan itu beraksi dalam pertandingan tertinggi seperti UCL dan kemudian beraksi pula dalam kejohanan tambahan seperti Piala Super Eropah dan Piala Dunia kelab.
Mungkin kelab di Malaysia selepas ini akan meniru risalah penuh statistik ini?
Chelsea berjaya menewaskan Spurs dalam aksi derbi London semalam. Di mana skuad bimbingan Tuchel menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.
Satu gol setiap babak menerusi Hakim Ziyech dan Thiago Silva sudah cukup untuk Chelsea memberikan malam hampa buat bekas pengurus mereka, Antonio Conte yang masih segar dengan kemenangan dramatik 2 gol masa kecederaan berdepan Leicester sebelum ini.
Kemenangan ini membolehkan Chelsea kembali merapatkan jurang mata kepada 1 mata di belakang pasukan di tangga kedua iaitu Liverpool yang trurut menang dalam aksi berdepan Crystal Palace di Selhurst Park.
Spurs mempersiakan peluang untuk mendaki carta liga dengan kekalahan keenam mereka pada musim ini. Harry Kane dan rakan rakannya buntu di hadapan gol.