Chelsea Harus Buat ‘Clearance Sales’ Pemain Untuk Elak Salah Laku FFP Macam Everton

Chelsea perlu melakukan ‘clearance’ pada jendela perpindahan akan datang. Kerana ianya akan masuk ke dalam laporan kewangan mereka tahun ini.

Chelsea sebelum ini berbelanja sangat besar dalam musim ini. Dalam 2 jendela perpindahan Chelsea membelanjakan lebih €600 juta.

Untuk mengelak daripada pelanggaran FFP, Chelsea harus memastikan pendapatan mereka tinggi. Dan sumber utama biasanya daripada penjualan pemain.

Chelsea telah mengeluarkan laporan kewangan 2021/22 mereka, untuk tempoh sehingga 30 Jun 2022, dan mendedahkan mereka mengalami kerugian bersih sebanyak £121.3 juta sepanjang musim ini.

The Blues mengatakan bahawa mereka masih terus mematuhi peraturan kewangan UEFA dan Liga Perdana.

Kerugian itu berlaku di tengah-tengah musim di mana Chelsea terjejas oleh sekatan yang dikenakan ke atas bekas pemilik terdahulu, Roman Abramovich pada Mac 2022.

Ketika itu Chelsea dikehendaki beroperasi di bawah lesen khas yang menghalang pemain daripada ditawarkan tawaran baharu serta keupayaan untuk menjual barangan dan tiket.

Kesannya beberapa pemain terpaksa dilepaskan secara percuma. Dan Chelsea gagal menjual beberapa pemain yang mereka mahu jual pada masa itu.

Chelsea melaporkan bahawa, impak ini memaksa Chelsea membuat perbelanjaan besar untuk menampung kerosakan daripada sekatan itu.

Sekatan sedemikian sudah tentu berlaku sehingga pengambilalihan diselesaikan oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital pada 30 Mei 2022.

Ini bermakna pada bulan terakhir tempoh kewangan kelab akan berada di bawah pemilikan baharu.

Walau bagaimanapun, kelab mengambil perhatian bahawa mereka sudah ada perancangan tentang cara yang diperlukan untuk mengelak daripada terkena tindakan kerana melanggar FFP.

Chelsea kemudian berjaya mengorak langkah penting dalam mengaut hasil bermula Mac.

Jumlah dagangan meningkat daripada £434.9 juta kepada £481.3 juta disebabkan peningkatan pendapatan yang didorong oleh kepulangan semula penyokong pada hari perlawanan dan hasil komersial meningkat kepada £177.1 juta, walaupun hasil siaran menurun disebabkan pengagihan bonus daripada pertandingan Liga Juara-Juara UEFA yang lebih rendah.

The Blues menegaskan bahawa  –walaupun pendapatan lebih tinggi, peningkatan kos operasi telah menyumbang kepada kerugian kelab — menyebabkan kerugian bersih £121.3 juta.

Bagaimanapun, operasi pasaran perpindahan Chelsea turut menyaksikan keuntungan dalam tempoh tersebut.

The Blues meraih £118 juta untuk perpindahan dan rundingan semula kontrak pemain sedia ada. Keuntungan itu kebanyakannya dicapai dengan menjual pemain yang dibangunkan melalui Cobham. Mereka seperti Tammy Abraham, Marc Guehi dan Fikayo Tomori masing-masing membawa masuk angka penting selain Kurt Zouma.

Peminat mungkin mengharapkan perpindahan Lukaku ke Inter Milan secara tetap. Walaupun pada masa ini, Inter dikatakan tidak bercadang melakukannya. Namun Lukaku sebenarnya terikat dengan kontrak pinjaman 2 tahund Inter. Jika Inter membelinya secara tetap, ianya hanya akan berlaku akhir musim hadapan.

Kecuali Inter tiba tiba bersungguh sungguh mahukan Lukaku secara tetap akhir musim ini.

Perbelanjaan besar Chelsea

The Blues kemudian menerima mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli pemain sebanyak £600 juta sejak ketibaan Todd Boehly dan Behdad Eghbali di kelab itu.

Chelsea telah membuat perbelanjaan yang besar untuk menandatangani Enzo Fernandez, Wesley Fofana, Mykhailo Mudryk. Tetapi peraturan UEFA menyatakan bahawa perpindahan pemain akan dipuratakan berdasarkan tahun kontrak.

Oleh sebab itu, perpindahan kesemua pemain ini tidak memberikan kesan lebih besar. Pemain seperti Mudryk diikat dengan kontrak lebih 8 tahun.

Namun ianya tetap memberikan impak kepada kerugian kelab itu.

Kini kelab itu harus menjana wang yang banyak daripada penjualan pemain pada jendela perpindahan akan datang.

Pakar kewangan bola sepak Eropah, Kieran Maguire menyatakan bahawa, Chelsea harus memikirkan cara untuk mengurangkan kerugian mereka agar berada di paras £105 juta untuk 3 tahun kewangan terakhir.

Berapa kerugian Chelsea dalam 3 tahun?

Ianya bermula daripada musim 2019/20 di mana kelab untung £32.5 juta. Chelsea berdepan kerugian  £153.4 juta untuk 2020/21 dan £121.3 juta untuk musim lalu.

Ini bermakna dalam 3 tahun terakhir Chelsea mencatatkan kerugian sebanyak £242.2 juta. Mereka harus mencari sekitar £92.2 juta daripada penjualan pemain.

Kieran Maguire menyatakan bahawa Chelsea ada tugas berat untuk menjual pemain mereka pada harga tinggi untuk mengelak daripada menerima nasib seperti Everton.

Di mana kelab itu baru sahaja didakwa melanggar peraturan FFP kerana kerugian ditanggung melebihi had maksimum untuk 3 tahun terakhir.

Pemain seperti Mason Mount dan Conor Gallagher antara 2 nama yang dalam senarai untuk dijual.

Mereka harus melakukannya sebelum 30 Jun tahun ini. Atau berpotensi untuk dikenakan tindakan dan sekatan.

Everton sebelum ini cuba mengelak daripada melanggar FFP dengan menjual Richarlison ke Tottenham Hotspur dengan harga £60 juta. Namun masih belum cukup.

Pada September tahun lalu, UEFA turut memberikan amaran kepada Chelsea bahawa kelab itu merupakan salah satu kelab Inggeris yang dipantau oleh badan bola sepak Eropah itu selain  Manchester City, West Ham United dan Leicester City.

Jika Chelsea melayakkan diri ke mana mana pertandingan Eropah musim hadapan, mereka akan berdepan dengan audit daripada UEFA. Dan jika mereka tidak layak ke mana mana pertandingan Eropah, UEFA tidak akan campur tangan dalam akaun FFP pasukan itu.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahukan Xabi Alonso

Bayern Munich dilaporkan mahu mendapatkan Xabi Alonso untuk menggantikan Thomas Tuchel jika pengurus itu dipecat. Alonso kini membawa Bayer Leverkusen di kemuncak