Chelsea Ke Final! Ini Rekod Unggul Dicipta Tuchel, Antaranya Tamatkan Badi Guardiola

Chelsea berjaya menewaskan Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA 2021. Chelsea menang tipis 1-0 ke atas Man City. Dan mungkin mereka selayaknya menang lebih daripada 1 gol berdasarkan aksi cemerlang mereka.

Gol oleh Hakim Ziyech pada minit ke-55 mebuatkan Manchester City berputih mata, gagal mara ke final Piala FA.

Gol tersebut daripada fast break attack yang sampai kepada Werner dan kemudian dilorong kepada Ziyech.

Berikut 4 catatan luar biasa oleh Tuchel bersama dengan Chelsea.

1. Lima belas kali

Tuchel berjaya membantu Chelsea menjadi kelab ketiga dalam sejarah Piala Fa Inggeris yang mara ke final Piala FA sebanyak 15 kali atau lebih – selain daripada Manchester Uniteda dan Arsenal. Dalam 5 musim terakhir ini, Chelsea telah mara ke final Piala FA sebanyak 4 kali.

Sejak Abramovich menjadi pemilik Chelsea, tiada pasukan lain mara ke final lebih banyak daripada The Blues.

Selain itu, Chelsea dan Arsenal menang 13 secara terkumpul daripada 21 final piala FA terakhir – menjadikan mereka kuasa piala FA sejak lebih sedekad.

2. Pengurus Jerman pertama ke final

Thomas Tuchel kini mencatat sejarah sebagai pengurus Jerman pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas final Piala FA Inggeris.

Tuchel yang mengambil alih tugasan daripada Frank Lampard beberapa bulan lalu, berjaya mengubah hala tuju pasukan Chelsea musim ini.

3, Tuchel vs pengurus ternama lain

Satu lagi prestasi membanggakan Tuchel ketika ini adalah prestasi beliau berdepan dengan pengurus pengurus besar yang lain.

Setakat ini Tuchel sudah berhadapan dengan Guardiola, Klopp, Mourinho, Ancelotti dan Simeone.

Dan beliau memenangi kesemuanya dengan tanpa melepaskan sebarang bolos. Sangat luar biasa.

4. Akhiri badi Guardiola

Tuchel sebelum ini sudah berhadapan dengan Guardiola sebanyak 5 kali. Dan beliau gagal mencatatkan sebarang kemenangan ke atas Guardiola.

Dalam percubaan keenamnya, bersama pasukan barunya, Chelsea, Tuchel berjaya menikmati kemenangan pertama beliau ke atas Guardiola.

Tahniah kepada Chelsea, pastinya sahur lebih ceria pada pagi ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai