Chelsea Kena Kurangkan Overplay Di Final Third

Semalam sempat juga menonton game Chelsea ni.

Dari segi dominasi, perlawanan macam ni memang kau akan expect pasukan macam Chelsea akan menguasai sebahagian besar.

Namun impak ataupun kualiti yang mereka jelmakan di zon serangan, itu yang Chelsea hilang.

Mereka ada beberapa peluang gol yang harus disudahkan. Bak kata orang, walaupun keeper melakukan big save, penyerang juga tidak akan terlepas daripada disebut melakukan big miss.

Chelsea pernag memegang rekod tempat sendiri yang paling power satu ketika dahulu, menjadikan Stamford Bridge sebagai fortress (kubu kuat).

Namun kali ini mereka sudah tewas 5 kali di home. Sudah pastinya ia bukan rekod yang mereka inginkan.

Berbalik kepada aksi menentang Bournemouth, mereka melakukan 18 shots dan hanya 5 sahaja yang on target daripada 68% penguasaan bola yang mereka ada.

Bournemouth pula dengan 11 shots dengan hanya 2 on target.

Pasukan yang bermain pragmatik ini biasanya memang sangat bergantung kepada kualiti bukannya kuantiti.

Itulah sebabnya Bournemouth boleh dikatakan melakukan good job dalam game ini.

Konflik Flanker

Berbalik kepada Chelsea mereka sebenarnya tersepit dengan konflik pada flanker. Willian terlalu kerap caught two mind. Dia sentiasa mengambil masa sama ada nak shot atau hantar kepada target man.

Willian kena awal buat keputusan supaya dia tak teragak-agak dan melakukan extra touches.

Bagi aku, Willian bukan prolific goal scorer. Jadi, better dia fokus kepada mencipta peluang sebagai kerja utama dia. Begitu juga dengan Christian Pulisic.

Korang tengok peratusan hantaran tepat Willian dalam game ni yang sangat teruk. Hanya 9 sahaja yang tepat bersamaan dengan 56% sahaja. Untuk pasukan macam Chelsea itu angka yang teruk.

Seterusnya adalah, pasukan Chelsea sebenarnya tidak cukup banyak ciptaan peluang dalam perlawanan ini. Mereka tetap memiliki 3 big chances daripada dominasi sepanjang perlawanan.

Namun ketiga-tiganya gagal disempurnakan. Ia adalah angka yang sangat cukup untuk menang dalam perlawanan ini jika disudahkan, kalau tak semua, satu atau dua daripadanya pun cukup.

Isu pertahanan

Orang kata, dalam bola sepak, kalau tak boleh skor, jangan bolos.

Chelsea gagal untuk mengelak daripada bolos. Gol Dan Gosling tu memang menaikkan motivasi pasukan pelawat yang datang untuk seri. Dan tiba-tiba ada peluang untuk menang dan tapau balik 3 mata.

Jahat pun boleh tahan jahat jugak lah. Lemas Kepa dibuatnya.

Chelsea sudah 6 perlawanan tak clean sheet setakat ini. Sementara itu Bournemouth tewas kesemua 5 perlawanan mereka sebelum perlawanan ini.

Overplay

Ini masalah terbesar Chelsea dalam perlawanan ini. Bukan sahaja Willian, malah pemain seperti Mason Mount pun nampak ada penyakit ni.

Frank Lampard turut menggariskan isu overplay ni di dalam press conference beliau. Dan menggesa lebih urgency dan forward play yang berani daripada para pemainnya.

Rumusan

Ini kekalahan yang sukar untuk Chelsea. Namun saya masih merasakan Lampard masih melakukan tugasannya dengan baik setakat ini.

Beliau berjuang dengan pasukan yang beliau tak boleh membawa pemain yang beliau kehendaki.

Hilang marquee player seperti Hazard di dalam pasukan dan tak dapat menggantikannya.

Cuma keputusan ini sedikit mengecewakan. Kerana cara Chelsea itu bermain yang kurang decisive.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai