Chelsea Lancarkan Prosedur Tatatertib Ke Atas Enzo Fernandez Yang Up Video Rasis

Chelsea telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan video yang dimuatnaik oleh Enzo Fernandez.

Di mana video itu dianggap membawa mesej rasis yang kuat. Menunjukkan pemain  pemain Argentina mengutuk Perancis sebagai negara yang diwakili pemain dari Angola, emak dari Nigeria dan ayah dari Cameroon.

Video tersebut menerima kecaman hebat dari seluruh dunia. Ini termasuk pemain Chelsea, Wesley Fofana yang mengecam tindakan Enzo Fernandez.

Pemain pemain Perancis yang bermain untuk Chelsea dilaporkan telah unfollow Enzo Fernandez di IG tanda protes mereka. Kerana mereka benar benar marah dengan tindakan pemain itu.

Enzo Fernandez tampil dengan permohonan maaf menyatakan bahawa lagu itu memang rasis dan tidak perlu mencari alasan. Cuma dia menegaskan bahawa apa yang berlaku dalam video itu tidak menggambarkan falsafah dan karakternya.

Enzo berkata, dia seorang yang sentiasa menentang sebarang bentuk diskriminasi perkauman. Cuma kali ini dia terlalu terbuai buai dengan kejayaan menjulang Copa America.

FFF sudah menyatakan bahawa mereka mahu mengambil tindakan perundangan ke atas pasukan Argentina dengan mengheret kes ini ke mahkamah. Mereka menganggap tindakan pemain pemain Argentina itu sebagai tidak boleh diterima.

Chelsea menghargai tindakan Enzo Fernandez yang membuat permohonan maaf secara terbuka. Namun pemain itu akan tetap dikenakan tindakan tatatertib oleh kelab itu.

Dan terbaru, Chelsea pula mengeluarkan kenyataan rasmi kelab mengutu sebarang bentuk sikap perkauman yang bertentangan dengan nilai dan prinsip kelab itu yang meraikan kesamarataan dan kepelbagaian budaya.

Chelsea berkata: “Kelab Bola Sepak Chelsea mendapati semua bentuk tingkah laku diskriminasi sama sekali tidak boleh diterima. Kami berbangga menjadi kelab yang pelbagai dan inklusif di mana orang dari semua budaya, komuniti dan identiti berasa dialu-alukan.

“Kami mengiktiraf dan menghargai permohonan maaf secara terbuka pemain kami dan akan menggunakan ini sebagai peluang untuk mendidik. Kelab telah melancarkan prosedur tatatertib dalaman.”

Enzo Fernandez merupakan salah seorang pemain penting Chelsea sejak menyertai kelab itu. Dan kini masa depan pemain itu mulai dipersoalkan. Adakah rakan rakannya yang lain akan benar benar memaafkan perbuatannya?

Pemain pemain Argentina seringkali mengejek Perancis dalam keraian mereka. Walaupun Perancis tidak ada dalam Copa America sekalipun.