Chelsea Lelong Aubameyang €12 Juta Kerana Sudah Tak Tahan Dengannya

Pierre Emerick Aubameyang nampaknya berpotensi meninggalkan Chelsea pada Januari ini juga.

Ini selepas Chelsea sedia melepaskan pemain yang baru sahaja menyertai mereka itu dengan harga lelong. Chelsea dikatakan sudah tidak tahan dengan prestasi Aubameyang.

Sejak menyertai Chelsea, Aubameyang tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan.

Dia malah kerap menjadi pemain gantian dalam pasukan The Blues.

Sebelum ini Aubameyang pernah ditamatkan kontrak oleh Arsenal atas persetujuan bersama untuk membolehkan dia menyertai Barcelona secara percuma.

Ketika di Barca, dia awalnya kelihatan bakal mendapatkan semula ketajamannya di hadapan gol.

Namun selepas itu dia kembali disisihkan kerana tidak memuaskan hati pengurus, Xavi yang kemudian meminta kelab mendapatkan Robert Lewandowski.

Kehadiran Lewandowski membuatkan Aubameyang terpaksa mencari kelab baharu.

Dan tawaran dari Chelsea tiba. Dia menyertai Chelsea pada deadline day, dengan nilai perpindahan €12 juta. Dia setuju dengan kontrak 3 tahun bersama Chelsea.

Ketika tiba di Chelsea, Aubameyang menyatakan dia kembali semula ke England untuk menyelesaikan urusan yang belum selesai sebelum ini ketika dia di Arsenal.

Namun kini, Aubameyang berada dalam senarai untuk dijual oleh Chelsea. Kelab London itu meminta €12 juta daripada mana mana kelab untuk mendapatkan Aubameyang.

Harga yang dianggap harga lelong. Kerana Chelsea sebelum ini turut membeli Aubameyang dengan harga lelong daripada Barcelona – kerana kelab Catalan itu mahu mengosongkan gaji Aubameyang bagi mendaftarkan beberapa pemain baharu termasuk Robert Lewandowski dan Marcos Alonso pada masa itu.

Menyertai Chelsea membuatkan peminat Arsenal benar benar kecewa dengan Aubameyang. Ini kerana dia merupakan bekas kapten pasukan Arsenal.

Mengingatkan mereka kepada detik Fabregas kembali ke England menyertai Chelsea.

Aubameyang pernah membuat tatu di badannya menunjukkan detik dia di hadapan pintu masuk ke padang Emirates.

Dan kemudian dia memuat naik video menunjukkan dia girang kerana sudah ‘membirukan’ semua orang dalam keluarganya.

Beberapa bulan kemudian, Aubameyang terlibat dalam iklan promo aksi derbi London antara Chelsea dan Arsenal.

Dia kemudian meminta peminat Arsenal tak perlu emo ketika dia menjaringkan gol berdepan mereka kelak. Dan menyebut “Arsenal, Nothing Personal.”

Dalam perlawanan tersebut Aubameyang cuma muncul dalam 8 minit. Arsenal menang ke atas Chelsea.

Ianya membuatkan Aubameyang menjadi mangsa troll oleh peminat Arsenal.

Aubameyang terus bergelut dengan prestasi walaupun berlaku pertukaran pengurus.

Chelsea kini benar benar sudah sedia melepaskan pemain antarabangsa Gabon itu.

Atletico Madrid dilaporkan menjadi destinasi Aubameyang yang seterusnya. Jika mereka kehilangan Joao Felix.

Agak ironi kerana Joao Felix yang menjadi sasaran Arsenal, Chelsea dan Man United kini dikatakan lebih menuju ke Stamford Bridge.

Chelsea sedia membayar €11 juta yuran pinjmana setengah musim untuk Felix dan membayar sepenuhnya gaji pemain itu untuk separuh kedua musim ini.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.