Chelsea sebelum ini berminat mendapatkan Erling Haaland. Namun mereka akhirnya memutuskan untuk mengejar tandatangan Lukaku yang dirasakan lebih realistik.
Harga tinggi diminta Borussia Dortmund sekitar £150 juta dianggap terlalu tinggi. Namun Chelsea tetap berminat untuk mencari jalan dengan menawarkan pemain mereka dalam rundingan itu.
Tetapi masalah utama berlaku, Chelsea melupakan Haaland sebaik sahaja Raiola dikatakan menjadikan rundingan itu tidak masuk akal.
Menurut BILD, Raiola meminta Chelsea membayar £820k (RM4.73 juta) seminggu gaji Haaland. Selain itu, Raiola turut mahukan £34 juta (RM196 juta) gaji dibayar kepadanya sebagai bayaran agensi dibayar berperingkat selama 5 tahun.
Bukan itu sahaja, Raiola demand kontrak 5 tahun untuk Haaland yang bernilai keseluruhan £275 juta.
Mino Raiola's wage demands for Chelsea to sign Erling Haaland were 🤯
No wonder they opted for Lukaku 😅 pic.twitter.com/IIZZZde0AO
— Don Robbie (@ItsDonRobbie) August 25, 2021
Sebelum ini BvB meletakkan tanda harga £120 juta. Selepas penjualan Sancho, mereka tidak melihat kepentingan untuk menjual Haaland. Dan kelab itu menaikkan harga kepada £150 juta.
Jadi, harga Haaland sahaja termasuk ejen, membuatkan Chelsea membayar £185 juta bersamaan dengan EUR257 juta.
Marina Granovskaia dikenali dengan sikapnya yang lebih cerewet dalam rundingan pemain. Beliau melihat Chelsea akan menanggung kos terlalu tinggi untuk Haaland.
Kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang termasuk kepada struktur gaji Chelsea, seperti mana kerosakan struktur gaji di United kerana kesilapan Ed Woodward sebelum ini.
Pemain 20 tahun itu sebelum ini dilaporkan tidak hadir latihan pasukan di Jerman. Dan media mengaitkannya dengan perpindahan ke Chelsea.
Malangnya Haaland tidak dapat untuk ke England selepas Chelsea menamatkan minat dan menandatangani Lukaku. Walaupun Tuchel sangat berminat dengan Haaland.
Chelsea tetap dilaporkan masih berminat dengan Haaland. Namun bukan untuk masa ini. Haaland ada satu klausa khas pada fasa akhir kontraknya. Di mana pada tahun 2022, pemain itu akan memiliki klausa pelepasan £68 juta.
Raiola Mahu £34 Juta / RM200 Juta Bayaran Ejen Untuk Perpindahan Haaland
Mino Raiola dilaporkan mahu kelab membayarnya £34 juta masuk ke poketnya, untuk penyerang sensasi Norway, Erling Haaland. Sebelum ini Raiola memecahkan rekod bayaran agensi tertinggi ketik perpindahan Pogba ke United dengan £24 juta masuk ke akaunnya.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Juventus. Laporan sebelum ini menyebut Raiola mendapat €24 juta.
Lukaku akhirnya sah menjadi milik Chelsea dan pemain itu menunjukkan taringnya dalam debut kemunculan semulanya menentang Arsenal.
Baru sahaja dapat durian runtuh
Beberapa bulan lalu, laporan menyatakan bahawa Raiola mendapat £20 juta daripada perpindahan Gianluigi Donnarumma ke PSG secara percuma.
Juara Eropah itu rasminya meninggalkan AC Milan selepas kontraknya berakhir. Donnarumma sebelum ini menjadi pemain yang diintai kelab seperti Barcelona, telah memutuskan untuk ke Ligue 1.
Bayaran agensi adalah bayaran mutlak milik ejen sebagai ganjaran mereka memudahkan urusan jual beli pemain ke sesebuah kelab.
Future Borussia Dortmund sport director Sebastian Kehl to SkyDe: “Haaland to Chelsea? I read about it, but for us nothing has changed: we have plans with Erling for next season, he and his agent are aware of it. We expect him back this week”. 🔴 @Sky_MaxB #BVB #CFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 13, 2021