Chelsea kini beralih kepada pemain sasaran Asenal iaitu Moises Caicedo. Kelab berpangkalan di Stamford Bridge itu sedia membayar £80 juta untuk mendapatkan pemain tengah itu.
Caicedo musim lalu sempat melanjutkan kontraknya bersama Brighton. De Zerbi menyatakan bahawa, salah satu perjanjian verbal yang mereka lakukan, Caicedo lanjutkan kontrak untuk membolehkan kelab menjualnya dengan lebih mahal.
Dan kelab harus menjual Caicedo jika ada tawaran yang dianggap munasabah.
Caicedo pada pra musim sebelum ini pernah menyatakan secara terbuka dia mahu berpindah ke kelab lebih besar. Ketika itu dia dikaitkan dengan Arsenal dan Chelsea.
Arsenal dikatakan kelab yang paling berminat dengan Caicedo pada masa itu.
Pada jendela perpindahan kali ini, Caicedo masih berada dalam radar Arsenal. Namun begitu, keutamaan kelab di Utara London itu ialah Declan Rice.
Chelsea yang baru sahaja kehilangan N’golo Kante, menjangkakan mereka akan kehilangan Kovacic dan Mason Mount.
Musim lalu mereka kehilangan Jorginho yang menjadi pemain penting Chelsea pada era Thomas Tuchel.
Jadi, The Blues berminat mendapatkan Moises Caicedo. Walaupun terpaksa membayar £80 juta untuk pemain itu.
Di pihak pemain, Fabrizio Romano menjelaskan bahawa pemain itu hampir memuktamadkan persetujuan terma peribadi.
Caicedo sudah memutuskan mahu menyertai Chelsea. Cuma kini 2 kelab akan berunding tentang kesepakatan harga.
🚨🔵 Chelsea are advancing on Moisés Caicedo deal. Talks progressing on the player side, contract proposal made — personal terms close to being agreed.
Deal not done yet — it will take time.
Chelsea expect to negotiate for £80m fee. Pact with De Zerbi will guarantee to leave. pic.twitter.com/AQj1rLoT2m
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 15, 2023
Chelsea yakin Caicedo pemain yang tepat untuk digandingkan dengan pemain seperti Enzo Fernandes di tengah.