Chelsea Mahu Mendapatkan Harry Maguire

Dalam salah satu cerita perpindahan yang lebih mengejutkan setakat ini, Chelsea telah menyatakan minat untuk menandatangani pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire, menurut laporan.

Ini bukan pertama kali Chelsea dikaitkan dengan Maguire. Kerana Tuchel dikatakan percaya bahawa Harry Maguire bek tengah yang bagus. Terutama sekali dalam sistem back 3 yang kerap digunakan Tuchel.

Maguire, yang sebelum ini dilaporkan mungkin akan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Erik ten Hag untuk pertembungan Isnin menentang Liverpool, bergelut dengan prestasinya musim lalu apabila pertahanan Man United yang diketuainya bocor bolos 57 gol liga.

Tetapi di sebalik kritikan berterusan terhadap persembahannya, Ten Hag telah berkali-kali menyokong pemain antarabangsa England itu, memulakannya dalam kekalahan baru-baru ini kepada Brighton dan Brentford.

Pemain berusia 29 tahun itu mungkin tidak akan bermula di Old Trafford minggu depan tetapi dilaporkan pada malam Jumaat bahawa kelab yang berbelanja besar Chelsea telah membuat kejutan mahukan pemain itu.

Daily Mail secara eksklusif mendakwa The Blues telah bertanya kepada Man United tentang kemungkinan kelab itu mempertimbangkan untuk menjual pemain pertahanan itu ke Stamford Bridge.

Chelsea dilaporkan membangkitkan kemungkinan menandatangani Maguire sebagai sebahagian daripada percubaan Manchester United untuk menandatangani Christian Pulisic awal minggu ini.

Kelab London barat itu dikatakan tidak mahu menghantar Pulisic secara pinjaman ke United pada musim panas ini kerana mereka percaya pasukan Erik ten Hag akan menjadi saingan mereka dalam perebutan kejuaraan liga ataupun untuk slot ke UCL musim hadapan.

Tetapi mereka akan bersedia untuk membincangkan perjanjian jika ia melibatkan Maguire pergi ke arah yang bertentangan.

Usaha untuk menandatangani Wesley Fofana dari Leicester masih kekal sebagai keutamaan untuk Chelsea. Walaupun setakat ini, runingan masih kelihatan rumit kerana permintaan harga daripada pihak Leicester.

Pemain pertahanan Perancis itu dijangka tersisih daripada skuad Brendan Rodgers untuk pertembungan Liga Perdana menentang Southampton pada hari Sabtu ini.

Chelsea setakat ini melakukan dua bidaan melebihi £60 juta ditolak untuk Fofana, menurut Sky Sports. Leicester bertegas bahawa pemain itu bukan untuk dijual. Jika Chelsea berkeras mahukan Fofana, Leicester meminta Chelsea membayar sekurang kurangnya £60 juta untuk pemain itu.

Minggu lalu, bos Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa skuadnya kekurangan kekuatan secara mendalam [depth] di bahagian pertahanan walaupun sudah mendapatkan Kalidou Koulibaly. Hal ini kerana mereka sebelum ini kehilangan Christensen dan Rudiger.

Mengenai subjek masa depan Harry Maguire, dilaporkan bulan lalu bahawa kapten Manchester United itu pernah menolak sebarang kemungkinan untuk menyertai Barcelona pada musim panas ini. Ini selepas Barcelona meminta Man United menyertakan Maguire untuk perpindahan De Jong.

Ten Hag menentang idea itu dan menyatakan bahawa Maguire adalah pemain pentingnya. Dan kemudian Ten Hag mengumumkan bahawa Maguire kekal kapten pasukannya.

Menurut The Mirror, Maguire selesa dengan Erik Ten Hag yang terus memberikannya kepercayaan.

Dengan situasi semasa di Man United, kelihatan usaha Chelsea mahu mendapatkan Maguire kelihatan lebih sukar daripada mereka cuba mendapatkan Fofana.

Harry Maguire merupakan pemain yang menyertai Man United dari Leicester dengan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah.

Beliau seringkali dianggap cemerlang bersama England tetapi gagal menunjukkan karakter yang sama ketika bersama dengan Manchester United.

Selain daripada pemain pertahanan, Chelsea masih terus memburu pemain penyerang selepas mereka kehilangan Timo Werner baru baru ini.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.