Chelsea Mahu Pochettino Gantikan Potter Jika Pengurus Itu Dipecat

Masa depan Graham Potter di Stamford Bridge sebelum ini sudah dikatakan terjamin.

Di mana pemilik kelab memberikan jaminan bahawa mereka akan terus menyokong Potter,.

Namun jika pengurus itu dipecat ataupun melepaskan jawatannya, hierarki Chelsea sudah memiliki calon utama menggantikannya iaitu Mauricio Pochettino.

Chelsea mahu memastikan mereka sudah ada satu plan B bagi sebarang kemungkinan.

Pochettino adalah calon yang dianggap sangat layak berdasarkan kualiti pengurusannya dan pengalamannya di arena bola sepak Inggeris

Bekas pengendali Spurs dan PSG itu kini masih tidak berjawatan selepas dipecat beberapa bulan lalu.

Potter berdepan dengan tekanan yang agak tinggi di Stamford Bridge selepas hanya memenangi 1 perlawanan pada tahun 2023. Membuatkan kelab mereka kini berada di tangga kesepuluh dalam EPL selepas 23 perlawanan.

Mereka 11 mata di bawah kedudukan 4 teratas. Hanya memenangi 1 perlawanan liga daripada 8 aksi terakhir mereka, walaupun era Todd Boehly setakat ini sudah membelanjakan sekitar £600 juta sejak mengambil alih.

Malangnya, Pochettino dilaporkan tidah berminat untuk menggantikan Graham Potter.

Pochettino tidak yakin akan dapat memenuhi sasaran yang diletakkan pemilik Chelsea kepada beliau.

Matlamat utama Chelsea musim ini adalah menamatkan saingan di 4 teratas. Jika mereka terlepas slot UCL musim hadapan, ianya akan memberikan impak kepada status kewangan mereka selepas berbelanja sangat besar.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai