Denis Zakaria kini berdepan kemungkinan akan dihantar pulang semula ke Juventus pada Januari.
Menurut Football Italia, Chelsea sedang meneroka idea untuk menamatkan perjanjian pinjaman pemain itu dengan segera pada Januari.
Pemain tengah Switzerland berusia 25 tahun itu menyertai The Blues secara pinjaman pada hari tarikh akhir perpindahan musim panas lalu ketika Tuchel masih menjadi pengurus.
Zakaria tidak bermain seminit pun untuk Chelsea sejak ketibaannya tetapi menjelaskan dalam temu bual baru-baru ini bahawa dia berminat untuk membuktikan kualitinya di kelab yang berpangkalan London Barat itu.
Namun kini, Chelsea mahu menamatkan perjanjian pinjaman Zakaria pada Januari dan menghantarnya kembali ke Juventus kerana pemain itu bukan sebahagian daripada rancangan jurulatih baharu Graham Potter dalam kelab tersebut.
Terdapat kesulitan
Walaubagaimanapun, The Blues terperangkap dalam kedudukan yang sukar.
Pemain berusia 25 tahun itu sudah membuat dua penampilan untuk Juventus musim ini dan jika dia bermain seminit untuk Chelsea maka dia tidak akan dapat bermain untuk pasukan ketiga musim ini.
Juga tiada kewajipan bagi Bianconeri untuk mengambil semula Zakaria. Juventus berhak untuk menolak pemulangan pemain itu sebelum tempoh pinjamannya tamat. Terutama sekali ketika pemain itu masih cedera.
Seterusnya Chelsea juga sedang menilai keputusan mereka terhadap Hakim Ziyech yang menarik minat beberapa kelab.
Denis Zakaria and Hakin Ziyech will be allowed to move on in January.
Ziyech has a number of suitors, but Chelsea might have to keep Zakaria.@90min_Football
— Graeme Bailey (@GraemeBailey) October 12, 2022