Chelsea dilaporkan sedia memujuk AS Roma untuk menerima perpindahan melibatkan pertukaran pemain antara Romelu Lukaku dan Tammy Abraham.
Bekas graduan Chelsea itu cemerlang bersama AS Roma sejak berpindah ke Itali. Dan kini AS Roma pula mendapatkan hasil yang agak baik daripada Romelu Lukaku.
Lukaku dibawa masuk setelah Tammy Abraham terpaksa berehat panjang kerana kecederaan ACL. Laporan sebelum ini menyebut, Tammy Abraham dijangka akan kembali beraksi pada awal 2024.
Chelsea sebenarnya ada sasaran lain seperti Ivan Toney dan juga Victor Osimhen. Namun ianya bukan perkara mudah.
Lantas Chelsea turut menjadikan Tammy Abraham sebagai salah satu pilihan untuk dibawa pulang semula ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan akan datang.
#Chelsea have now held internal talks over a potential swap deal involving Romelu Lukaku and Tammy Abraham.
— Chels HQ (@Chels_HQ) October 4, 2023
Tammy Abraham menyertai AS Roma pada 2021, dengan yuran perpindahan sekitar £37 juta. Dan Chelsea sempat memasukkan klausa beli balik sekitar £70 juta yang akan aktif pada Julai – ketika jendela perpindahan pra musim.
Chelsea sebelum ini tidak terfikir untuk mengaktifkan klausa itu. Dan kini mereka cuba mendapatkan Abraham dengan perpindahan melibatkan pertukaran pemain.
Mauricio Pochettino seringkali mengeluh dengan ketumpulan barisan serangan Chelsea yang ketika ini bergantung kepada Nicholas Jackson kerana Nkunku yang cedera. Mereka juga baru sahaja menerima kepulangan semula Broja yang baru pulih daripada kecederaan.
Adakah Tammy Abraham benar benar akan kembali semula ke Chelsea?