Chelsea kini sedia menyaingi Napoli untuk mendapatkan pemain penyerang sayap Manchester United, Alejandro Garnacho.
Chelsea sebelum ini sudah mendapatkan Jadon Sancho secara pinjaman, sedia untuk membeli Garnacho secara tetap pada Januari.
Manchester United perlu menyeimbangkan kewangan mereka disebabkan oleh peraturan keuntungan Liga Perdana Inggeris. Ini telah meletakkan Garnacho, 20 tahun, dalam senarai perpindahan walaupun mempunyai kontrak sehingga 2028.
Chelsea telah menunjukkan minat terhadap Garnacho sebagai pengganti yang mungkin untuk Christopher Nkunku, yang mungkin kembali ke Paris Saint-Germain atau Bayern Munich.
Menurut L’Équipe, kelab London itu melihat pemain Argentina itu sebagai pilihan utama, yang boleh menyatukan semula beliau dengan rakan senegaranya Enzo Fernández.
Daily Mail menggambarkan rundingan itu sebagai “inkuiri yang mengejutkan.”
Napoli Juga Dalam Perlumbaan
Napoli menawarkan 50 juta euro untuk Garnacho, disokong oleh penjualan Khvicha Kvaratskhelia kepada PSG dengan harga 70 juta.
Walau bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa cadangan itu telah ditolak. Garnacho mempunyai rekod yang mengagumkan bersama United: 117 perlawanan, 23 gol, dan 14 assist.
Man United menantikan tawaran lebih besar daripada Napoli untuk pemain asal Argentina itu.
Selain Garnacho, Chelsea sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Karim Adeyemi dan Jamie Gittens, kedua-duanya dari Borussia Dortmund. Menurut David Ornstein dari The Athletic, perbincangan ini masih dalam peringkat awal.
Ruben Amorim pula menyatakan dia sangat suka dengan Garnacho. Namun sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa dia tidak pasti denngan apa yang bakal berlaku.
Amorim menyatakan bahawa Garnacho sedang meningkat dan membangun dalam sistem permainan mereka terutama sekali dalam aspek bertahan.
The Guardian pula melaporkan, bukan sahaja Garnacho yang sedia dijual, malah pemain seperti Kobbie Mainoo dan Hojlund juga dikatakan sedia untuk dipertimbangkan untuk dilepaskan pada harga yang betul.