Chelsea kini mahu membawa masuk Joao Felix ke kelab itu selepas rundingan mendapatkan Samu Omorodion gagal. Atletico dan Chelsea sebelum ini mencapai kesepakatan untuk Omorodion – yang muka dia macam Onana – namun pemain itu gagal memeterai perjanjian setelah medikal diadakan menurut laman We Ain’t Got History
Medikal diadakan di Paris memandangkan pemain itu bersama sama dengan skuad Olimpik Sepanyol. Pemain itu dikatakan sudah setuju dengan semua syarat menyertai Chelsea. Dan sangat teruja untuk menyertai The Blues.
Samu Omorodion hampir sahaja mendapat kontrak dengan Chelsea. Namun ada keraguan oleh pihak Chelsea untuk kecergasan pemain itu. Dan kelab memutuskan untuk tidak menandatangani pemain itu dengan nilai €40 juta.
🚨 Samu Omorodion transfer from Atletico Madrid to Chelsea has collapsed. Deal agreed club-to-club & between 20yo #Atletico striker + #CFC. But major problem finalising contract means deal off; Spain youth int’l not moving to Stamford Bridge @TheAthleticFC https://t.co/zTcEl1Omll
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 11, 2024
Atletico yang mahu membeli Conor Gallagher kini menyertakan Joao Felix di dalam rundingan. Pemain tersebut menjadi pemain yang tidak dimahukan oleh Simeone setelah komen dia tentang taktikal pengurus itu sebelum ini.
Membuatkan Felix sebelum ini dihantar secara pinjaman ke Chelsea dan kemudian ke Barcelona. Sebelum ke Barca, dia sekali lagi menyinggung peminat Atletico dengan menganggap kelab Barcelona adalah kelab yang dia impikan selama ini.
Setelah menyertai Barcelona, Felix kerapkali menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di kelab itu. Namun itu tidak dapat direalisasikan kerana faktor ekonomi. Ditambah dengan Barcelona yang mahu mendapatkan pemain lain seperti Dani Olmo.
Felix akhirnya dikembalikan ke Atletico dan dia diejek oleh peminat dalam aksi pra musim baru baru ini.
Kini satu lagi jalan keluar untuk Joao Felix iaitu dia sedang dalam perbincangan untuk ke Chelsea sekali lagi. Felix sebelum ini pernah meminta perpindahan tetap ke Chelsea namun kedua dua kelab gagal mencapai kesepakatan harga.
Chelsea ketika itu sudah membayar €11 juta untuk pinjaman separuh kedua musim. Tetapi Atletico meminta €90 juta sebagai bayaran klausa beli tetap. Chelsea menganggap nilai itu terlalu tinggi dan memutuskkan untuk tidak menandatangani Felix secara tetap.
João Felix hive is up and running
I'm alive pic.twitter.com/gXxDng7stC
— Roberts (@cfcrobertss) August 11, 2024
Atletico kini mahu memastikan Conor Gallagher menjadi milik mereka walaupun cubaan untuk menawarkan Samu Omorodion kepada Chelsea gagal. Chelsea juga mahu memastikan rundingan penjualan Gallagher ke Atletico jadi. Kerana mereka sudah setuju syarat harga pemain tersebut.
Maka kedua dua kelab mahu mencari solusi lain. Dan ianya melibatkan Joao Felix. Ejen kepada Joao Felix, Jorge Mendes kini berada di London untuk menyelesaikan perpindahan Joao Felix.
Dalam perkembangan yang lain, Atletico yakin akan dapat mengumumkan Julian Alvarez dalam masa terdekat. Ini selepas pemain itu mendesak perpindahan ke Atletico Madrid dari Manchester City.
Untuk Samu Omorodion, Atletico masih cuba untuk menjadi pembeli kepada pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup.
⚠️🔵 Samu Omorodion to Chelsea is 100% OFF.
Major issues confirmed and Omorodion will return to Madrid in the next hours…
…with serious chances to join another club in the next days. 👀 pic.twitter.com/UHBElfmHXs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2024
Omorodion merupakan pemain muda berbakat besar. Tetapi Diego Simeone pada masa mengutamakan Julian Alvarez pada masa ini. Dan berharap akan dapat menjana keuntungan daripada penjualan Samu Omorodion.
Ramai peminat Atletico menganggap kelab tidak seharusnya terlalu terdesak melepaskan pemain tersebut. Dan boleh menjadikan Omorodion sebagai pemain sandaran untuk Julian Alvarez.
Tetapi situasi kewangan Atletico sebenarnya tidak begitu ‘merestui’ pilihan seperti itu. Kerana La Liga sudah menetapkan had perbelanjaan dan had bil gaji kelab.