Chelsea kini mahu mendapatkan seorang lagi pemain penyerang muda Manchester City yang mahu keluar mencari minit permainan, Julian Alvarez.
Musim lalu, Chelsea mendapatkan Cole Palmer dengan harga sekitar £42 juta. Harga yang awalnya dianggap mahal oleh segelintir pihak kerana Cole Palmer tidak banyak minit permainan.
Namun prestasi Cole Palmer bersama Chelsea benar benar luar biasa. Dia malah bersaing untuk kasut emas EPL musim lalu. Kini Chelsea mahu melakukan strategi yang sama dengan mendapatkan Julian Alvarez.
Man City masih berusaha untuk meyakinkan agar pemain itu terus kekal bersama dengan City. Namun Alvarez kini mahu mencari lebih banyak minit permainan. Di City dia berada di belakang Erling Haaland selaku pilihan utama.
Sebelum ini Pep Guardiola menganggap Julian Alvarez sebagai natural finisher yang luar biasa.
Alvarez tidaklah terlalu muda, dia sudah berusia 24 tahun. Jadi dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mencari pasukan yang mampu menawarkannya lebih banyak peluang bermain.
Ini ditambah dengan fakta bahawa dia sudah memenangi segalanya ketika menjadi pemain Man City. Termasuk Piala Dunia dan juga kesemua trofi utama kelab termasuk UCL dan EPL.
Namun begitu, Chelsea kini bersaing dengan PSG untuk mendapatkan pemain tersebut. PSG yang telah mengosongkan kos gaji Mbappe sedia untuk memberikan gaji lebih besar kepada Alvarez berbanding Chelsea.
🚨🇦🇷#PSG y #Chelsea están interesados en Julian Álvarez.
➡️ #ManCity quiere que se quede, pero la🕷️quiere buscar más minutos.
*️⃣ Aún no hay oferta formal. pic.twitter.com/wQlGJhpHlH
— Uriel Iugt (@urieliugt) June 5, 2024
Pep Guardiola dikenali dengan polisi terbuka untuk membenarkan mana mana pemain yang nak pergi walaupun dia masih sayangkan pemain tersebut.
Dia melakukan perkara yang sama ketika Cole Palmer mahu meninggalkan Man City. Guardiola sendiri pernah berkata: “Saya adalah jurulatih yang sedia mendengar kehendak pemain. Mana mana pemain Manchester City yang mahu pergi mereka boleh berjumpa dengan saya. Dan kami akan benarkan mereka pergi jika mereka mahu menyertai kelab besar lain.”
Dia berkata begitu ketika Ferran Torres meminta untuk dijual ke Barcelona. Kemudian Guardiola mendedahkan sebenarnya dia mahu Cole Palmer kekal. Namun pemain itu mahukan jaminan minit permainan yang membuatkan City yang mampu memberikan jaminan.
Guardiola berkata: “Jika Palmer mendapat minit seperti yang saya berikan kepada Foden sejak dari awal, dia akan terus kekal di City.
“Namun saya yang tidak dapat memberikannya, dan saya yang bertanggungjawab untuk perkara itu.
“Kenapa? Sebab saya ada Bernardo, Mahrez dan Foden. Itulah yang berlaku pada masa itu. Saya pilih pemain lain.”
“Ada juga momen yang tiba, selepas satu musim, itu bagus, musim kedua juga. Namun selepas musim ketiga, pemain mulai berkata: ‘Saya nak bermain, saya tak nak duduk bangku simpanan lagi’. Dan perkara ini normal.
“Kami faham dan dia ada menerima tawaran yang baik. Dia kini berada di kelab hebat seperti Chelsea. Kami gembira untuknya.”
Pep Guardiola asked if Cole Palmer and Jadon Sancho leaving shows how patient Phil Foden was: “No, it’s not about that. Phil Foden had more minutes than Cole Palmer and Jadon Sancho [after graduating at #ManCity]. If Cole Palmer would have had the minutes that I gifted to Phil… pic.twitter.com/l8HedyixF4
— City Report (@cityreport_) February 16, 2024
Akhirnya Palmer dibenarkan pergi dengan harga yang memuaskan kelab. Kini Chelsea dan PSG mengintai peluang untuk mendapatkan Julian Alvarez yang merupakan penyerang yang sangat berbakat.
Adakah Alvarez akan menjadi pemain pertama dibeli pada era Enzo Maresca?
Maresca merupakan bekas jurulatih pasukan pembangunan di Man City sebelum ini pastinya teruja untuk menggunakan peluang ini.
Julian Alvarez harus mengorbankan peluang bermain di UCL jika mahu menyertai Chelsea. Perkembangan luar biasa pada Cole Palmer di Chelsea mungkin boleh membantu meyakinkan pemain itu untuk menyertai The Blues.
Sementara itu, PSG mungkin harus menggandakan usaha mereka untuk memujuk Julian Alvarez menyertai mereka. Kerana hubungan PSG dengan Man City agak dingin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.