Arsenal dikatakan telah membuat perkara mengejutkan bumi apabila sedia menjual Emile Smith Rowe ke Chelsea, jika kelab itu serius mahukan pemain itu.
Smith Rowe dikatakan tidak gembira dengan Arteta yang tidak memberikannya peluang bermain lebih banyak. Pada masa ini dia bukan pilihan kedua sekalipun untuk posisi sayap atau no.10.
Laporan oleh The Times menyebut bahawa ada kelab yang tidak didedahkan namanya berminat dengan Smith Rowe. Dan ramai merasakan ianya adalah Chelsea.
🚨 Arsenal are willing to sell Emile Smith Rowe after an approach from Chelsea. Smith Rowe, frustrated by his lack of game time, has been offered to other unnamed Premier League clubs, however, Arsenal have not put a valuation on the player. [@CharDuncker, Times] #afc pic.twitter.com/x9a6r651fB
— afcstuff (@afcstuff) August 29, 2023
Chelsea masih memburu sekurang kurangnya seorang lagi penyerang untuk jendela perpindahan kali ini. Dengan Mauricio Pochettino tidak menamakan secara spesifik posisi penyerang itu.
Namun dia menegaskan penyerang itu harus menepati kriteria taktikal Chelsea.
Chelsea juga dikatakan pernah berminat untuk mendapatkan Folarin Balogun. Namun pemain itu memilih untuk ke Ligue 1 sekali lagi menyertai AS Monaco.
Arsenal kini sedia untuk melepaskan Smith Rowe pada deadline day perpindahan kali ini.
Adakah Chelsea akan benar benar memburu pemain itu?
Charles Watts pula yakin bahawa Arsenal tidak akan menjual pemain itu ke kelab seteru mereka kerana faktor perseteruan.
Dan dia membayangkan bahawa perbualan telefon itu akan menjadi sangat pendek.
If Chelsea really are interested in Smith Rowe, then it should be the shortest conversation in history should they actually pick the phone up and try to discuss it with Arsenal.
No, no and no. pic.twitter.com/n6E1lQCPvH
— Charles Watts (@charles_watts) August 29, 2023
Namun Watts harus sedar bahawa isu perseteruan antara Chelsea dan Arsenal sebenarnya tidak begitu banyak mempengaruhi pemain. Dengan pemain dari kedua dua kelab seringkali berpindah ke kelab yang bertentangan.
Apa yang pasti ketika ini Smith Rowe mengintai peluang untuk keluar dari Arsenal bagi mendapatkan minit permainan.
Dia mahu terlibat dalam kempen Euro 2024 bersama skuad kebangsaan England.
Arsenal sudah meletakkan tanda harga sekitar £35-40 juta untuk pemain itu.