Chelsea dilaporkan berada dalam rundingan ‘advance’ untuk mendapatkan Timo Werner dari RB Leipzig.
Chelsea bersedia dan sudah menyatakan mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada kontrak pemain antarabangsa Jerman, Timo Werner.
Laporan beberapa media di Jerman dan di Eropah yang lain seperti Bild dan Matt Law dari Telegraph mengesahkan perkara tersebut.
Werner & Chelsea is getting hot! According to BILD information, Werner should sign a contract with Chelsea until 2025, collecting more than 10 million euros per year
— Christian Falk (@cfbayern) June 4, 2020
Apa jadi dengan perpindahan ke Liverpool?
Werner sebelum ini menyatakan hasratnya menyertai Liverpool. Namun kelab tersebut tidak mengorak langkah lebih aktif.
Dilaporkan Werner hanya bercakap dengan Jurgen Klopp dan bukan hierarki tertinggi di Anfield.
Minggu lalu Liverpool telah meminta sedikit masa lagi bagi menentukan sama ada mereka akan mengaktifkan atau tak klausa pelepasan pada Werner.
Timo Werner has made no secret of his desire to join #LFC, but the club cooled interest in April due to Covid-19.
Chelsea have made their move, trebling his salary, offering more minutes and a core role in Frank Lampard's rebuild https://t.co/YJdTDYQOhw
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) June 4, 2020
Oleh kerana masa terlalu lama, maka Chelsea telah masuk ke dalam persaingan mendapatkan Werner.
Fabrizio Romano melaporkan, Chelsea sudah menghantar bidaan rasmi menerusi ejen kepada Werner.
Kini tinggal Werner sahaja, sama ada beliau setuju dengan pengaktifan klausa pelepasan itu?
Liverpool still haven’t started official talks with Leipzig for Werner, always asked for time. Only talks with the player (via Klöpp).
Chelsea are ready with an official bid and if Liverpool will not match it on next hours, Werner will discuss his contract with Chelsea. 🇩🇪 #CFC https://t.co/tID7WaOw1A
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 4, 2020
Dari mana Chelsea dapat duit?
Chelsea sedia membayar sekitar €60 juta untuk mendapatkan Werner. Ini kerana mereka akan mendapat sejumlah €54 juta daripada Atletico Madrid daripada penjualan Alvaro Morata pada akhir musim ini.
Chelsea sama seperti pasukan lain di England. Bergelut dengan masalah ekonomi yang melanda kerana covid-19 ini. Namun mereka berjaya mendapatkan pulangan daripada penjualan pemain mereka.
Bermakna Chelsea hanya perlu menambah kurang €7 juta untuk membeli Werner.
Ia satu bisnes yang baik daripada Chelsea jika berlaku. Ini kerana mereka mengeluarkan Alvaro Morata daripada Stamford Bridge dengan nilai sangat tinggi.
Malah angka keseluruhan hasil penjualan Morata, ditambah dengan angka bayaran ketika pinjaman melebihi angka klausa pelepasan Werner.
Selling Morata for £58m and bringing in Werner for £49m. Chelsea doing business. pic.twitter.com/lukxEsNYG5
— ESPN UK (@ESPNUK) June 4, 2020
Dan wang itu dibelanjakan untuk pemain yang dalam peak terbaik.
Werner dilaporkan bakal menerima €220,000 seminggu di Stamford Bridge. Ianya angka yang sangat menarik untuk beliau datang ke England.
Di mana sebelum ini Werner sudah menegaskan beliau mahu merumput di EPL.
Werner merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi di barisan serangan. Beliau sudah menyatakan tidak akan melanjutkan kontrak di Leipzig.
Musim ini Werner berada dalam prestasi terbaiknya. Menjadi pesaing utama untuk perebutan kasut emas Bundesliga.
Beliau musim ini sudah menjaringkan 25 gol liga dan mencipta 7 assist.