Chelsea Football Club telah mengeluarkan satu racun untuk peminatnya pada hari ini.
Ianya jelas kesalahan yang membuatkan para peminatnya jadi tak keruan apabila diperlakukan sebegitu.
Mana taknya, apabila Chelsea FC mengeluarkan satu jersi khas untuk para peminatnya sempena memperingati kejuaraan Piala FA pertama mereka pada 50 tahun yang lalu.
Chelsea dalam kenyataan penuh racunnya berkata: “Chelesa Football Club akan meraikan 50 tahun, sejak ketika kali pertama kita menjulang Piala FA pada 1907.”
“Chelsea memperingati ulangtahun tersebut dengan jersi peringatan khas untuk momen ikonik dalam sejarah The Blues.”
Jersi kali ini mungkin bukanlah yang ‘bersih’ kerana masih ada tertera penjaja dan swosh logo Nike.
Celebrating 50 years since our first FA Cup triumph in 1970!
The 1970 final replay crest and colourways have been brought back for this @nikefootball commemorative kit. 💙💛
More 👉 https://t.co/MNYZoK0F8J Available to buy from 02.01.20. #ItsAChelseaThing #ThePrideOfLondon pic.twitter.com/nBaxQse72y
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 21, 2019
Bersih dalam konsep jersi ini merujuk kepada baju yang plain dan tiada nama penaja di hadapan.
Ini adalah jersi asal yang digunakan Chelsea ketika momen ikonik tersebut.
Namun mereka telah mem-blend warna tersebut agar ia nampak biru penuh.
Rekaan ini turut hadir dengan campuran warna kuning pada nombor dan, stoking dan garisan pada seluar.
Kelihatan gabungan warna yang sangat mengancam pada rekaan jersi ini.
Ianya gabungan moden dan juga klasik. Chelsea berterima kasih kepada Hyundai dan juga Yokohama yang menyokong usaha mereka pada kali ini.
Chelea menyatakan, jersi khas ini akan digunakan dan turun merumput bersama pemain dalam aksi Piala FA menentang Nottingham Forest di Stamford Bridge pada 5 Januari 2020.
Dan untuk fans Chelsea yang teracun dengan rekaan cantik jersi ini. Bolehlah korang membelinya pada 2 Januari 2020.
Ianya tersedia dijual di gedung Chelsea di Stamford Bridge dan juga secara atas talian di pautan: Chelsea Megastore.
Mana tahu anda akan nampak lebih hensem dengan menggunakan jersi yang lawa ini. Kalau Odoi pun nampak hensem dengan jersi ini, mengapa tidak anda?
Saya sebagai peminat Liverpool, menilai jersi ini memang lawa untuk dibuat koleksi simpanan.
Malah ada yang menganggap ini merupakan sentuhan terbaik Nike sejak mereka menaja Chelsea dalam pembuatan jersi.
Seterusnya ada yang mencadangkan jersi ini dipakai terus untuk musim ini menggantikan jersi yang sedia ada. Katanya ini lagi lawa.
Namun saya tidak pasti berapa harga jualannya. Sudah dicari cari tadi tapi tak jumpa. Namun rasanya atas £100 juga ni. Sebab ianya edisi terhad.
Chelsea juga belum mengeluarkan angka keluaran terhad untuk jersi ini.
Siapa ada maklumat harga boleh la kongsikan dengan kami di ruangan komen.