FA Inggeris telah mengeluarkan laporan tahunan berkaitan dengan bayaran ejen yang dibuat oleh kelab. Dan Chelsea telah membelanjakan jumlah yang sangat luar biasa untuk membayar ejen.
Laporan FIFA tahun lalu merumuskan bahawa berlaku peningkatan 42.5% oleh kelab kelab di EPL yang membayar ejen mereka.
Ini bermakna pada 2023, kelab kelab EPL membelanjakan £702.5 juta untuk membayar ejen bagi membantu mereka menandatangani pemain.
Akibat daripada angka yang luar biasa itu membuatkan FIFA mahu memperkenalkan peraturan had bayaran untuk ejen bola sepak. Namun setakat ini, langkah itu masih belum dapat dilaksanakan.
FA Inggeris mengeluarkan laporan khas untuk kelab kelab mereka. Menyenaraikan jumlah bayaran kepada ejen atau individu yang terlibat dalam urusan perpindahan pemain.
Laporan itu adalah merangkumi tarikh 1 Februari 2023 sehingga 1 Februari 2024. Dan Chelsea telah membelanjakan sebanyak £75,140,524 untuk ejen sahaja.
Chelsea sangat aktif dalam jendela perpindahan pemain. Dan ejen ejen ini benar benar gembira menikmati rundingan dengan Todd Boehly yang mengetuai sendiri rundingan pemain di kelab itu.
Kedua adalah Manchester City dengan £60,626,025. Di tempat ketiga adalah Man United dengan £34,054,001. Diikuti oleh Liverpool, yang membelanjakan £31,500,211 untuk ejen. Angka Yang dibayar oleh Liverpool dan Man United hampir 2 kali ganda kurang daripada yang dibayar oleh Chelsea kepada ejen mereka.
Kelab paling sedikit membelanjakan wang untuk ejen adalah Luton Town, dengan £2,020,146. Angka ini malah lebih rendah berbanding beberapa kelab di divisyen kejuaraan.
Satu ketika dahulu Sir Alex Ferguson pernah berkata, dia sangat bencikan ejen pemain bola sepak walaupun bukan semua. Namun rata rata mereka diibaratkan Sir Alex sebagai lintah.
Sir Alex Ferguson malah mengharamkan perpindahan pemain yang beragensikan Mino Raiola ketika eranya.
Antara sebab Sir Alex menyampah dengan Raiola adalah ketika ejen itu campur tangan mempengaruhi Paul Pogba untuk tidak melanjutkan kontrak bagi membolehkan ejen dan pemain itu mendapat wang bonus daripada tandatangan kontrak baharu atau pergi secara percuma ke kelab lain dan mendapat bonus tandatangan yang lebih tinggi.