Pierre-Emerick Aubameyang terus menjadi buruan banyak kelab besar di Eropah. Sebelum ini Real Madrid, Barca dan Manchester United dikaitkan dengan pemain tersebut.
Terbaru, Matt Law melaporkan bahawa musuh sebandar pasukan Arsenal dia itu Chelsea mahu menyertai persaingan untuk mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang.
Namun pada ketika ini Chelsea masih lagi dalam proses penilaian dan analisis pemain tersebut menepati profil pemain yang mereka mahukan.
Lampard tidak mahu terburu-buru dalam mendapatkan pemain tersebut hanya kerana beliau cemerlang di Arsenal.
Kontrak semasa Pierre-Emerick Aubameyang akan tamat pada musim hadapan. Ini bermakna Arsenal masih dalam kurang setahun lagi untuk meyakinkan pemain itu terus kekal bersama mereka.
Jika Aubameyang tidak menandatangani kontrak pada Disember, beliau akan menjadi ejen bebas.
Pierre-Emerick Aubameyang masih belum melanjutkan kontrak beliau di Arsenal. Sekiranya beliau tidak melanjutkan kontrak, Aubameyang berpotensi pergi secara percuma.
Pasukan lawan kini sedang menunjukkan minat mereka kepada Aubameyang secara terangan kerana mahu mempengaruhi pemain itu untuk tidak melanjutkan kontrak dan pergi secara percuma.
European and English rivals believe Arsenal will be forced to sell Aubameyang in the next transfer window. Barca and Inter Milan interested. Chelsea want a striker….could they? I think he'd be perfect for them.https://t.co/omjeTLMwmY
— Matt Law (@Matt_Law_DT) April 24, 2020
Aubameyang merupakan ketua pasukan Arsenal pada ketika ini. Mikel Arteta sudah menyatakan bahawa pemain itu adalah pemain penting di dalam projek jangka panjang beliau.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa masa depan Pierre-Emerick Aubameyang bergantung kepada UCL.
Jika Arsenal gagal mara ke UCL musim hadapan, pemain itu dijangka akan meminta kelab mempertimbangkan tawaran untuknya.