Chelsea Rai Harijadi Kanda King Drogba Dengan Koleksi 3GP Semua Aksi Gol Beliau

Nama Didier Drogba terlalu unggul untuk korang dan kita semua tak kenal. Drogba merupakan legenda pasukan Chelsea.

11 Mac lalu merupakan hari lahir legenda dari Ivory Coast itu. Sepanjang merumput bersama dengan The Blues, Drogba telah menjaringkan 164 gol daripada 381 aksinya.

Selain itu Drogba turut menyumbang kepada 86 assist untuk Chelsea.

Drogba membantu Chelsea memenangi 17 trofi dalam tempoh beliau ketika di Stamford Bridge.

Drogba merupakan pemain penting dalam generasi emas revolusi biru oleh Jose Mourinho yang turut memiliki nama seperti Petr Cech, John Terry dan Frank Lampard.

https://twitter.com/i/status/1236064277502492679

Nama nama tersebutlah yang menjadi teras kepada sejarah kegemilangan pasukan Chelsea.

Maka itu, Chelsea telah meraikan harijadi no.9 terbaik dalam sejarah Chelsea itu dengan video kompilasi kesemua gol beliau bersama dengan pasukan Chelsea.

Antara momen paling ikonik adalah tandukan minit akhir dalam aksi final UCL menentang Bayern Munich. Gol yang menyamakan kedudukan selepas Bayern Munich di hadapan menerusi Thomas Muller.

Drogba melakukan tandukan deras dan mengheret perlawanan ke masa lanjutan.

Selain itu, malam itu memang malam King Drogba apabila beliau menjaringnkan sepakan penalti kemenangan pasukannya.

Chelsea membeli Drogba dengan nilai perpindahan £24 juta daripada Marseille.

Selepas menyertai Chelsea, beliau terus menjadi penyerang utama pasukan The Blues, walaupun pada bulan pertamanya di Chelsea agak bergelut dan kemudian dilanda masalah kesihatan.

Namun kualiti yang ada pada beliau membuatkan Jose Mourinho percayakannya. Drogba menjadi nadi penting kepada Chelsea untuk bertahun tahun lamanya.

Gaya permainan beliau yang lasak dan kualiti penyudah yang padu membuatkan Drogba digeruni oleh mana-mana pertahanan di dunia ini.

Selain daripadan keupayaan untuk menjadi target man, Drogba juga memiliki kepakaran dalam situasi bola mati.

Walaupun kakinya bukan macam Ronaldinho, namun apabila ada peluang, kakinya akan melepaskan rembatan yang deras dan tajam.

Drogba ni memang keras. Kalau duel udara, dia sangat kompeten. Bukan  itu sahaja, Drogba merupakan pemain yang memiliki mentaliti kemenangan yang sangat tinggi.

Pemain yang hanya akan berhenti selepas wisel penamat.

Selamat Hari Jadi kepada Drogba walaupun ucapan agak lewat. Maklumlah busy.

Apa yang pasti, memang sukar nak mencari ganti pemain ikonik seperti beliau. Malah boleh dikatakan hanya ada satu Drogba untuk selamanya.

Pasti korang pernah dengar, bagaimana kanda Drogba menghentikan perang saudara di negaranya hanya dengan bola sepak.

Kisah Bagaimana Drogba Menamatkan Perang Saudara Dengan Sebiji Bola

Baca yang lain