The Blues menegaskan kepada Crystal Palace bahawa mereka tidak mahu membenarkan orang yang pinjamkan ke kelab tersebut akan bertemu mereka dalam perlawanan akan datang di Stadium Wembley minggu depan.
Chelsea telah menolak permintaan Crystal Palace untuk membenarkan Conor Gallagher diberikan kebenaran khas untuk menentang kelab induknya pada separuh akhir Piala FA.
Dalam peraturan Liga Inggeris, untuk aksi piala, kelab induk yang menjadi pemilik seseorang pemain yang dipinjamkan berhak untuk melarang pemain mereka beraksi menentang mereka. Itu bukan syarat wajib namun kebebasan kuasa itu ada pada kelab pemilik.
Dan dalam kontrak pinjaman, Chelsea sudah memaslukan klausa larangan daripada menggunakan pemain antarabangsa England itu menentang Blues. Tetapi perubahan boleh dilakukan jika Chelsea membenarkannya.
Pemain berusia 22 tahun itu tidak terlibat dalam perbincangan dan tidak merayu kepada kelab induknya untuk bermain.
Gallagher telah menjadi sebahagian besar dalam membantu prestasi cemerlang kelab itu dan telah bermain dalam 31 perlawanan, termasuk semua empat perlawanan Piala FA pasukannya setakat ini.
Selain itu, dia telah menjadi penyumbang penting di pertiga akhir, mengumpul lapan gol dan lima bantuan dalam semua pertandingan.
Dengan larangan Chelsea ini, bermakna Gallagher berharap pasukannya mara ke final. Ataupun tidak bermain lagi untuk Palace dalam perlawanan tersebut.
Impak pastinya dirasakan oleh Palace apabila tanpa Gallagher di atas padang.
Exclusive: Chelsea have rejected a Crystal Palace request to play Conor Gallagher in the FA Cup semi-final. It seems like fully ends his hopes of somehow playing in the match: https://t.co/RHAVFGQS1S #CFC
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) April 8, 2022
Gareth Southgate telah melihat prestasi cemerlangnya secara pinjaman dan memanggil Gallagher semasa dua rehat antarabangsa terakhir, membolehkannya bermain tiga kali untuk pasukan kebangsaan England.
Gallagher merupakan pemain serba boleh di bahagian tengah. Boleh menyerang, bertahan, mencipta peluang serta menjaringkan gol.
Palace mulai mendapat ilham untuk memujuk Chelsea, kerana sebelum ini, Derby County berjaya meyakinkan Chelsea untuk membenarkan mereka memberikan kelonggaran khas untuk menggunakan pemain pinjaman Mason Mount dan Fikayo Tomori menentang kelab Stamford Bridge itu pada masa lalu.
Mungkin kerana kuasa Lampard dalam memujuk kelab lamanya membolehkan perkara itu berlaku.
Lampard meminta pemain pemain yang dipinjam dari Chelsea untuk beraksi menentang The Blues dalam Piala Carabao pusingan keempat – beberapa tahun lalu.
Thomas Tuchel difahamkan sangat mengagumi Gallagher dan cuba mengekalkannya bersama skuad sepanjang musim panas lalu.
Namun Kelab London barat kemudian membenarkan bintang tempatan itu dipinjamkan kerana pemain itu percaya dia akan mendapat lebih banyak minit perlawanan di Palace.
The Blues kini sedang mempertimbangkan untuk mengekalkannya bersama skuad musim depan dan memberikannya peranan penting di dalam pasukan.
Kelab, termasuk Palace, telah menyatakan minat mereka untuk menandatanganinya dengan perjanjian tetap.
Bagaimanapun, The Blues telah mehukan sekurang-kurangnya £50 juta yang diperlukan untuk memulakan perbualan mengenai perpindahan itu.
Kontrak semasa Gallagher masih ada sampai 2025.